Rumah adalah tempat untuk kita berlindung daripada segala marabahaya. Kita mengharapkan agar sentiasa mendapat ketenangan dan kebahagiaan di dalam rumah.
Namun, adakalanya, ketika berada di rumah kita terasa macam ada “sesuatu” yang tidak kena, seperti rasa panas membahang walaupun pendingin hawa setiap sudut, anak-beranak kejap kejap rasa nak gaduh, rezeki susah masuk, rasa malas beribadah, sering sakit dan lain-lain.
Tahukah anda, itu mungkin menjadi salah satu tanda-tanda bahawa terdapat jin yang mendiami rumah anda 😱
Kawasan Dalam Rumah Yang Jin Paling Suka
1. Tandas & Dapur
Kalau tandas, mungkin ramai yang sudah tahu. Jin memang suka dekat tandas kerana tandas tempat kita membuang kekotoran. Manakala, di dapur pulak jin suka makan sisa makanan yang tidak di buang dengan baik. Oleh itu, sisa makanan hendaklah terus dibuang di dalam plastik dan ikat dengan baik.
Elakkan tinggal pinggan kotor di dalm sinki. Ini kerana ada jin yang suka jilat pinggan-pinngan kotor anda!
2. Bilik Kosong
Bilik yang tidak dihuni biasanya menjadi tempat kesukaan jin. Lebih-lebih lagi apabila bilik tersebut tidak di bersihkan dan jarang dibuka.
3. Tempat Simpan Patung Atau Gantung Gambar
Banyak hadis nabi SAW menegaskan bahawa malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar dan patung, walaupun gambar keluarga yang digantung.
Jin suka mendiami patung-patung dan gambar-gambar yang digantung.
4. Bilik Yang Menyimpan Barang-Barang Lama
Ada satu kes di mana seluruh ahli rumah tersebut sakit-sakit disebabkan gangguan jin di dalam rumah yang disimpan barang-barang dipuja seperti barang-barang lama tinggalan nenek moyang atau barang pusaka.
5. Kawasan/Sudut Rumah Yang Dijadikan Tempat Bermaksiat.
Sekiranya ada sudut rumah anda yang sering menjadi tempat maksiat, sudut itu juga akan menjadi salah satu tempat kesukaan jin untuk didiami.
____
Sumber: https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2020/01/24/jin