Tips Kempiskan Perut Buncit Dengan Melakukan Perkara Ini.

 

Bah mari sini kita membaca cara untuk kempiskan perut buncit. Jangan ingat orang yang berisi ja boleh ada masalah perut buncit. Yang kurus ni pun ada jugak perut perut buncit dan menggeleber. Terutamanya untuk wanita yang pernah mengandung atau melahirkan.

Siapala bah nda mau ada perut kempis kan??Memang semua orang mau ada perut kempis, tapi kadang-kadang disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, kita dapat semua tu, tapi jangan risau, disini dikongsikan tips yang mungkin boleh digunakan untuk mengempiskan perut. 

1. Air Jamu Periuk Homemade

Air jamu atau air detox ini membantu badan kita menyingkirkan toksin dan lemak dibadan, termasuklah dibahagian perut. Dengan penggunaan air detox ini, menjadikan badan terasa ringan, pembuangan menjadi lawas, berat badan berkurangan dan perut pun kempis. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah 1 batang serai, 3 keping asam gelugur, 1 biji lemon, 1 inci halia dan 2 ketul gula batu atau 2 sudu madu asli.

Bersihkan semua bahan dan masukkan ke dalam periuk besar. Masukkan air, tapi jangan sampai terlampau penuh dan kemudian masak sehingga mendidih. Minuman ni boleh disimpan di peti sejuk dan dipanaskan setiap kali kita mau minum

2. Kapur Makan Dan Limau Nipis

Kapur makan dan limau nipis adalah 2 bahan yang mudah dan murah untuk kempiskan perut. Tapi yang ni bukan di makan ya, tapi di sapu di perut. Campurkan satu sudu kapur makan dengan air perahan dari sebiji limau nipis dan kacau sebai kemudian sapukan di perut sebelum tidur.

3. Air Lemon Atau Air Limau Nipis

Air lemon sebenarnya membantu menyah lemak dari badan kita. Sebab, lemak berkumpul dipinggang dan menjadikan kita buncit disebabkan oleh hati untuk berfungsi secara optimum untuk menyahtoksik. 
Dengan itu, pengambilan air lemon atau limau nipis akan meningkatkan enzim dalam badan kita dan membantu detox hati. Detox hati membantu hati berfungsi secara optimum. Dia ni ibarat kita overhaul kereta, lepas overhaul kereta akan jadi lebih smooth. 
So begitulah tips yang dapat kita kongsikan pada minggu ini. Jadi buat kita-kita yang ada perut buncit ni, bolehlah mengamalkan tips-tips yang dikongsikan. Selamat Mencuba. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *