Kes penipuan ataupun “scammer” semakin merisaukan lebih-lebih lagi mendekati hari perayaan umat Islam, Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Pelbagai kaedah dan modus operandi yang mereka gunakan seperti melalui panggilan telefon, menyamar menjadi pegawai LHDN, membuat akaun igshop palsu, menghantar resit palsu kepada peniaga dan termasuklah ‘pukau-memukau’ secara berhadapan dengan mangsa seperti yang didakwa oleh seorang pengguna Facebook ini. Kejadian ini dipercayai berlaku di bandar Tawau, Sabah.
Masalah “pukau” bukanlah sesuatu yang asing lagi masyarakat setempat. Isu ini telah berlaku sejak bertahun-tahun yang lalu dan sesiapa pun boleh terkena tanpa mengira tempat, umur, bangsa mahupun jantina.
Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Hati-Hati Kena Pukau, Ini Tips Anda Patut Tahu!
Ada yang berpendapat, ‘pukau’ berlaku disebabkan ilmu hitam yang digunakan ke atas mangsa. Boleh jadi juga kan? Sekarang ni manusia macam-macam, asalkan sampai tujuan dan niat jahat dorang kisah apa kan.
Namun, ada juga yang berpendapat, ‘pukau’ tersebut ialah ilmu yang dimainkan oleh minda bawah sedar. Dalam erti kata yang lain, kita dipengaruhi untuk melakukan sesuatu tanpa kita sedari dan tidak menggunakan akal fikiran kita yang waras.
Pukau biasanya terjadi melalui cara-cara dibawah ini, oleh itu elakkan ya!
1. Hembusan Asap Rokok – Kalau tengok orang hembus-hembus asap rokok, jauhilah segera. Selain membahayakan kesihatan, ia membahayakan duit anda juga hm.
Antara kes yang pernah berlaku dulu, mangsa sedang mengeluarkan duit di ATM, tiba-tiba datang lelaki menghembuskan asap rokok ke arah mangsa dan berjaya memukau mangsa untuk mengeluarkan semua duit. Hati-hati ya!
2. Bersalaman/Bersentuhan – Elakkan bersalaman atau disentuh oleh orang yang tidak dikenali.
3. Renungan mata/Senyuman – Jangan pandang mata ketika bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Mereka biasanya akan cuba bertanya arah jalan, ajak bersembang dan lain-lain.
4. Menepuk bahu dari belakang – Orang dulu-dulu kata, kalau ada yang tepuk bahu kita, tepuk balik bahunya.
Dan banyak lagi!
Terdapat beberapa usaha yang boleh kita lakukan bagi melindungi diri daripada dipukau, antaranya ialah:
1. Membaca doa perlindungan sebelum keluar dari rumah. (Ayat kursi, Tiga Qul dll)
2. Sentiasa berwudhu.
3. Jangan mudah mempercayai orang samada yang dikenali ataupun tidak. Sentiasa timbulkan keraguan ketika berurusan dengan orang lain.
4. Elakkan jalan bersendirian dan berada di tempat yang sepi.
Boleh baca tips-tips lain seperti gambar di bawah :
Sumber: Remaja.my