Untuk mereka yang sedang craving makanan Tawau, terutamanya Sanggar Pappek, nahh ngam laitu kamu menjejakkan mata ke penulisan kali ini. Boleh buat sendiri, dapat banyak dan nikmat. So jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.
Ni bahan yang diperlukan untuk Sanggar dan Sambal Tomato. Kita perlukan 1 sisir pisang muda, 1 Sudu Kecil Garam, 1/2 Kilo Minyak Masak. Untuk Sambal Tomatonya pulak, kita perlukan 3 biji Bawang Merah, 1 Ulas Bawang Putih, 3-5 biji cili padi, 1/2 inci Belacan, 1/3 Minyak Masak, 2 biji Tomato, 1/2 sudu kecil garam, 1/4 sudu kecil serbuk perasa dan 1 sudu gula besar.
Haa, pastikan semua bahan suda cukup ya?Sekarang kita akan tengok cara untuk buat Sanggar Pappek ni pulak. Pertama sekali kupas kulit pisang dan rendam di dalam air yang dicampur garam. Rendaman ni dibuat untuk mengelakkan pisang jadi bertukar warna. Kemudian, panaskan minyak masak dan goreng pisang. Jangan goreng lama betul ya, sebab pisang ni kita akan goreng lagi sekali nanti. Toskan minyak.
Bila pisang suda mula suam atau nda berapa panas suda, ambil sebiji pisang yang digoreng tadi, letakkan diatas sekeping plastik dan lipatkan plastik menutupi pisang. Balut pisang tu ya. Lepas tu, ambil la apa-apa sahaja benda berat, lesung batu ka, kayu ka, besi ka untuk penyetkan pisang. So pisang ni kena dipenyetkan atau dilenyekkan senipis yang boleh.
Lepas tu, panaskan minyak lagi sekali dan goreng pisang lagi sekali sampailah garing. Sementara itu, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan-bahan sambal sehingga naik bau. Angkat dan masukkan ke dalam lesung batu/blender. Kisarkan kesemua bahan, tapi jangan terlalu lumat, cukup sekadar hingga semuanya sebati. Taraaaa. Dan Sanggar Pappek, Sanggar Nikmat Di Tawau, sedia untuk dimakan.
Sumber : Dapur Yusfarisyia