Resepi Nasi Kuning Tawau, Untuk Anak Perantau.

 


Nasi kuning merupakan antara makanan favorite di Tawau. Nasi ni selalu orang makan time sarapan pagi, kenak lagi dengan teh panas, memang idol ! So untuk penulisan kali ini, kita akan kongsikan resepi dan cara untuk membuat nasi kuning Tawau. Boleh la cuba untuk siapa-siapa yang diperantauan tu tiba-tiba craving nasi kuning.

 

 

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

 

– 3 Cawan Nasi
– 500g Ayam (dipotong kecil, boleh juga guna bahan lain seperti ikan, sotong atau udang)
– 2 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
– 1 Kotak Kecil Santan
– Garam
– Gula
– 1 Sudu Kecil Asam Jawa (Xtra Adabi)
– 1 Helai Daun Pandan
– 3 Sudu Besar Mentega
– 2 Ulas Bawang Putih
– 1 Ulas Bawang Merah
– 1 Ulas Bawang Holland

– 1 Paket Kecil Cili Giling

– 4 Tangkai Cili Padi Merah (Cili mengikut tahap kepedasan yang dinginkan)
– 2 Sudu Besar Tepung Jagung
– 2 Sudu Besar Tepung Gandum
– 1 Sudu Lada Sulah
– 1 Sudu Besar Sos Tiram
– 1 Sudu Besar Sos Tomato
– 2 Biji Telur
Fuhh ! Macam banyak pulak bahan-bahannya ni kan?Tapi sabar dulu, jangan mengalah disini, jom kita baca macam mana cara pembuatan nasi kuning ini.

Cara Sediakan Nasi Kuning

Sediakan Nasi letak pewarna kuning…Tara ! Siap. Ya oke nda lucu. Sorry2. Okay ni step yang sebenar. Nda main-main suda. Janji !

1. Cuci beras sehingga bersih, bersih dari hati mu yang kotor dan toskan atau tapis air

2. Panaskan periuk nasi, kemudian masukkan butter. Masukkan bawang kecil dan bawang merah. Masak sehingga keluar bau.

3. Beras yang telah ditoskan atau ditapis tadi masukkan ke dalam periuk nasi dan gaul sebati dengan butter. Setelah sebati, masukkan santan, garam (ikut rasa), serbuk kunyit dan daun pandan (disimpul). Tambahkan air jika air santan kurang. (Pastikan air cukup untuk masak nasi). Gaul bahan-bahan ini dan tutup periuk nasi. Tunggu sehingga masak.

4. Untuk penyediaan sambalnya pula, tumbuk cili padi macam kau tumbuk mukak ex-mu, lepas tu letak si bawang putih dan bawang merah. Kemudian campurkan sedikit gula dan garam kehidupan.

5. Panaskan minyak dikuali, tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan bawang holland (yang dihiris kecil) Masukkan satu paket cili giling dan masak sehingga pecah minyak.

6. Setelah pecah minyak, kau tambahlah garam, gula, asam jawa, sos tomato, sos cili dan perisa cukup rasa. Gaul sambal dan angkat. Okay ada bau suda? So Sambal suda siap.

7. Untuk yang makan dengan ayam, gaul ayam yang telah dipotong dengan sos tiram dan campurkan tepung jagung, tepung ubi kayu, tepung gandum, garam, serbuk kunyit, perisa cukup rasa dan lada sulah. Perap ayam 10-15 minit, panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing.

8. Kita kena letak telur rebus sekali yang dibelah dua. Kemudian letaklah semua hidangan didalam satu piring, nasi kuning, ayam goreng, telur rebur dan kemudian tuangkan sambal diatasnya.

Ya tuhan ! Craving plak tiba2, time2 lapar lagi tu. So apa lagi guys. Jom cuba.

Sumber : Resepi daripada Natasha Amanda

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *