Musim Bunga ‘Sakura’ di Bumi Peladang

 

 

TAWAU: Persiaran Traulsen berhampiran Jalan Pesisiran atau lebih dikenali sebagai ‘Highway’, di sini, menjadi tumpuan ribuan pengunjung untuk menyaksikan keindahan musim bunga sakura, sejak awal minggu lalu.

Kuntuman berwarna merah jambu dan putih di sepanjang jalan berkenaan, cukup mempesonakan seolah-olah suasana musim bunga sakura di Jepun.

Dikenali sebagai tekoma atau nama saintifiknya, tabebuia rosea.

Tinjauan BH mendapati orang ramai teruja merakam gambar menarik berlatarkan pokok bunga sakura yang juga dikenali sebagai tekoma atau nama saintifiknya, tabebuia rosea.

 

Nur Alina Muhammad Abduh, 32, berkata beliau bersama suami, Kamarulnizam Ramang, 32, menggunakan masa terluang pada cuti hujung minggu untuk berkunjung ke Persiaran Traulsen dan mengambil gambar berlatar belakangkan bunga berkenaan.

 

 

Reaksi penduduk sekitar
“Ramai kawan berkongsi gambar mereka dalam laman sosial seperti Facebook dan Instagram, seolah-olah merasai suasana musim bunga sakura di Jepun.
“Sebelum ini, memang ramai mengetahui kewujudan pokok bunga sakura di sini tetapi ia agak berbeza selepas kawasan persisiran pantai dinaik taraf kerana pemandangan dan landskap bertambah ceria serta menarik,” katanya.

Menurut penduduk tempatan fenomena ini bermula dari penghujung Mac hingga April.

Beliau berkata, beberapa kawasan lain seperti Jalan Utara berhampiran Taman Awam Muhibbah dan jalan utama, termasuk di hadapan Sabindo Plaza, turut dihiasi pokok tekoma yang ditanam sejak lebih 10 tahun lalu.
Sumber – Berita Harian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *