Pembinaan Bakat Futsal Kanak-Kanak Melalui Program Perlawanan Persahabatan


TAWAU – Pada Sabtu lepas, sebuah program perlawanan persahabatan futsal yang unik telah berlangsung, memberi pendedahan minit perlawanan kepada bakat-bakat muda berumur 10 tahun ke bawah. Program ini dianjurkan oleh Akademi Bola Sepak Tawaukini sebagai usaha untuk mengatasi kekurangan perlawanan pada peringkat akar umbi yang sebelum ini sering dialami oleh para pemain muda.

perlawanan persahabatan

Sebanyak 8 pasukan berentap dalam perlawanan kali ini, termasuklah SBE Junior, WG Soccer, Kongsi 10, SATMTQA, SATMTQB, serta 3 pasukan daripada penganjur sendiri iaitu ABSTK Kijang Menanduk, ABSTK Gajah Berlaga, dan ABSTK Badak Menendang. Program ini dikelolakan secara profesional dengan pengadil yang dijemput khas dari SAFA Tawau untuk memastikan keadilan dan kualiti dalam perlawanan.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Kekurangan perlawanan dan acara di peringkat akar umbi

Yang menariknya, setiap pemain yang terlibat dalam perlawanan persahabatan ini diberikan medal sebagai pengiktirafan dan suntikan semangat kepada mereka. Rahman Imuda, pengarah ABSTK, menekankan kepentingan minit permainan bagi kanak-kanak berumur bawah 10 tahun. Baginya, kekurangan perlawanan dan acara di peringkat akar umbi menyulitkan mereka untuk mendapatkan pengalaman bermain yang mencukupi.

Dalam pandangan Rahman Imuda, pemain muda perlu lebih banyak masa bermain untuk memastikan perkembangan bakat yang holistik. Dengan adanya perlawanan persahabatan seperti ini, diharapkan minat terhadap sukan futsal akan terus berkembang di kalangan generasi muda. Seterusnya lebih banyak lagi program seumpama ini dapat diadakan untuk memupuk bakat-bakat muda dalam dunia sukan.

perlawanan persahabatan

 Selain itu, peranan ibubapa dan pengadil juga sangat penting dalam perlawanan persahabatan kali ini. Ibubapa menunjukkan sikap kerjasama dan kesukanan yang amat tinggi. Perkara ini amat penting dalam pembangunan bola sepak ataupun futsal di peringkat akar umbi. Kemenangan bukanlah suatu perkara utama, tetapi sokongan moral amat diperlukan untuk anak-anak ini bermain di dalam gelanggang.
Tambahan pula, para pengadil juga turut memberikan tunjuk ajar dan panduan dalam permainan futsal ini, mereka bukan sahaja mengadili tetapi dalam masa yang sama mengajar anak-anak ini peraturan bagi sukan futsal ini. Diharapkan perlawanan persahabatan sebegini akan menjadi lebih subur selepas ini.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *