Arena Futsal Wanita Tawau Semakin Rancak

Cerita tentang futsal di Tawau, pastinya kita akan teringat nama-nama team besar futsal di Tawau seperti Dewata, Sainbara, Sri Aman, Sg futsal dan macam-macam team yang lain. Nama-nama pasukan ini merupakan nama-nama besar dalam arena futsal lelaki di Tawau. Tapi tahukah anda? Senario futsal wanita Tawau juga semakin rancak dan ada pelbagai team yang power yang ramai tidak tahu. Ramai adik-adik dan wanita-wanita di Tawau bergiat aktif dalam arena futsal wanita Tawau.

Bulan lepas ada dua tournament futsal wanita yang dianjurkan di Tawau sempena dengan bulan kemerdekaan. Kami kongsikan kepada anda  keputusan kedua-dua pertandingan ini.

Piala Merdeka Anjuran Tawau Futsal Centre

Pada 27 dan 28 Ogos yang lalu telah berlangsung pertandingan futsal Piala Merdeka anjuran Tawau Futsal Centre. Bagi kategori wanita terbuka sebanyak 7 pasukan yang menyertai pertandingan ini. Antaranya ialah Hazardous, Alpheijo, LVS FT, Unknown Fam, Phoenix Fc, Merancak FT dan Tawaukini FT. Pertandingan ini berlangsung pada 28 Ogos 2022 kerana pada 27 Ogos diadakan pertandingan untuk lelaki bawah 22 tahun.

4 pasukan yang layak ke separuh akhir pada kejohanan ini ialah Hazardous, Alpheijo, Unknown Fam dan Tawaukini FT. Pada separuh akhir 1, menemukan pasukan Hazardous dan pasukan Tawaukini FT. Keputusan perlawanan berkesudahan dengan skor 2-1 dimenangi oleh Tawaukini FT. Manakala separuh akhir kedua menemukan antara Alpheijo menentang Unknown Fam. Keputusan menang berpihak kepada Unknown Fam. Final menemukan Tawaukini FT menentang Unknown Fam. Manakala penentuan tempat ketiga dan keempat menemukan antara Hazardous vs Alpheijo.

Setelah perlawanan berlangsung, akhirnya tempat ketiga dimenangi oleh Alphaeijo. Perlawanan akhir pula berkesudahan 2-0 dengan perlawanan dimenangi oleh Tawaukini FT dan tempat kedua dimenangi oleh Unknown Fam. Pasukan futsal wanita Tawaukini FT merupakan pasukan hasil kerjasama dengan pasukan Mixteam FC.

Tournament Open Wanita SG Merdeka Cup 2022

Selang 2 hari kemudian berlangsung pula tournament futsal SG Merdeka Cup yang berlangsung di SG Futsal. Terdapat 8 pasukan futsal wanita yang ikut serta dalam tournament kali ini. Tidak ketinggalan ada juga pasukan wanita daripada LD yang turut sama ikut pertandingan kali ini. Antara pasukan yang bermain untuk tournament kali ini ialah LVS, Hippies JR, Alpheijo, Unknown Fam, Phoenix FC, Hippies Legend, Hazardous Fam dan Tawaukini FT. Pertandingan berlangsung dengan sangat sengit.

4 pasukan yang melayakkan diri ke semi final ialah Alpheijo, Unknown Fam, Hazardous dan Hippies Legend.

Berikut dikongsikan pemenang bagi pertandingan futsal SG Merdeka Cup 2022.

  1. Hazardous
  2. Hippies Legend 
  3. Alpheijo

Johan: Hazardous Fam

Tempat Kedua: Hippies Legend

Tempat Ketiga: Alpheijo

Tahniah diucapkan untuk para pemenang. Semoga arena futsal wanita Tawau akan terus rancak dan akan ada pelbagai lagi pertandingan open yang dikhususkan untuk wanita Tawau. Semoga semua pasukan terus sukses dan aktif untuk membangunkan pembangunan futsal wanita Tawau. Majulah futsal wanita untuk Tawau!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.