Ketahui Gejala Cirit Birit Dan Rawatannya

Beberapa hari yang lepas, gempar di media sosial dan saluran Whatsapp berkenaan dengan penyakit cirit-birit yang menular dikalangan warga Tawau. Punca kepada penularan ini belum dikenalpasti dan masih menunggu siasatan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Menurut Klinik Mayfair yang kami hubungi melalui Facebook, mereka mengesahkan kejadian tersebut bahawasanya beberapa pesakit daripada Daerah Tawau mengalami simptom yang hampir sama.

Dengan itu, untuk penulisan artikel kali ini, kita akan memberikan sedikit sebanyak informasi berkenaan dengan penyakit cirit-birit dan apakah yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan penyakit tersebut

Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit, alahan makanan, ubat-ubatan, pengawet makanan, bahan kimia dalam makanan.

Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. WHO pada 2009 telah mengisytiharkan cirit-birit adalah penyebab kematian kedua di kalangan kanak-kanak and penyebab kematian sebanyak 1.5 juta kanak-kanak di dunia.

Cirit-birit didefinasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti Sakit dan kekejangan perut, Loya dan muntah, Keletihan dan Demam.

Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit-birit?

Kebanyakan kes cirit­birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit­birit, lakukan seperti berikut iaitu Minum banyak air, Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur-ansur, Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi, Elakkan kafein dan alkohol.

Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *