Aktiviti Rekreasi Bersama Anak dan Keluarga di Taman Rekreasi Hutan Simpan Membalua

Mencari aktiviti hujung minggu bersama anak dan keluarga tercinta? Mahu healing bersama dengan bestie?

Hari ni min mahu kongsi dengan warga Tawau tentang Taman Rekreasi Hutan Simpan Membalua. Tahukah anda, di Tawau ini ada satu tempat untuk anda melakukan aktiviti rekreasi santai bersama dengan keluarga tersayang. Taman Rekreasi Hutan Simpan Membalua tempat yang sesuai untuk anda habiskan cuti dan hujung minggu bersama dengan keluarga tersayang.

Lokasi Taman Rekreasi Hutan Simpan Membalua

Lokasinya terletak di Bandar Sri Indah Tawau. Waktu operasi daripada jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang. Buka setiap hari Isnin sehingga Ahad. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah Water bicycle, Berkayak, Paddle boat, Abseiling, Flying fox, Wall climbing, Tree climbing dan aktiviti berkhemah.

Bestnya tu, buat aktiviti luar di dalam hutan simpan bersama dengan keluarga. Paling best sekali, kita lari sekejap dari dunia luar dan healing diri dengan buat aktiviti. Jadi apa lagi gais, ajak bestie, keluarga kamu untuk healing-healing dan beraktiviti dalam hutan ni.

Untuk sebarang maklumat boleh hubungi En Ibrahim di 019-5738560 atau Puan Shima 019 5278560.

Leave a Reply

Your email address will not be published.