Memperkasa Akar Umbi Bola Sepak Di Tawau

Dengan tujuan untuk memperkasa akar umbi Bola Sepak bawah 12 tahun di Tawau, Kelab Futsal Tawaukini (C-SBH-12124) telah mengadakan satu program iaitu Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Tawaukini. Kursus ini disertai oleh 17 peserta yang terdiri daripada para pemain Tawaukini FT yang berminat dalam bidang kejurulatihan.

Kursus kejurulatihan ini dikendalikan oleh Coach Rahman yang merupakan jurulatih tersohor di Daerah Tawau yang telah banyak melahirkan pemain-pemain muda berbakat. Coach Rahman telah berkecimpung didalam bidang kejurulatihan sejak tahun 1996 lagi. Beliau sekarang ini masih lagi menjadi jurulatih bagi Akademi First Touch. Kursus ini memberikan pendedahan kepada para peserta dalam mengendalikan latihan bagi pasukan Bola Sepak bawah 12 tahun.

 

Kursus kejurulatihan ini diadakan bagi melatih dan melahirkan jurulatih untuk sebuah akademi bola sepak bawah 12 tahun yang baharu di Tawau kelak. Akademi ini menyasarkan penyertaan daripada pelajar umur bawah 12 tahun. Bakat bola sepak mereka akan digilap dan diberikan lebih banyak pendedahan tentang bola sepak. Akademi ini bakal dibuka tidak lama lagi. Untuk pendaftaran, anda boleh klik disini.

Menurut Rahman Imuda, pengasas Akademi Bola Sepak Tawaukini yang bakal dibuka tidak lama lagi, “pendedahan daripada kecil berkenaan tentang bola sepak amat penting dan perlu digerakkan semula bagi melahirkan lebih banyak pemain yang berkualiti”.

One thought on “Memperkasa Akar Umbi Bola Sepak Di Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *