Chin Chee Syn merupakan satu lagi nama daripada Parti Bebas yang akan bertanding pada PRU-15 kali ini. Chin Chee Syn atau lebih dikenali sebagai Dato’ Chin bertanding sebagai calon bebas selepas melepaskan semua jawatannya di Parti Warisan Sabah sehari sebelum penamaan calon.
Dato’ Chin bertanding pada PRU-15 ini dengan menggunakan Logo Pokok. Sepanjang berkempen, beliau menaikkan bendera berwarna kuning dengan gambar pokok. Jika kita melihat kepada manifesto yang diperjuangkan, Rakyat Adalah Bos menjadi salah satu tarikan kepada masyarakat. Fahaman ini menggambarkan rakyat sangat berkuasa.
Antara manifesto beliau ialah :
Pada PRU-13 yang lepas, Dato’ Chin juga pernah bertanding untuk N58 Merotai, namun tewas dalam perebutan kerusi Dun Merotai. Apa-apa pun, diucapkan selamat maju jaya buat Dato’ Chin dalam pilihanraya kali ini.