Pameran Dessert Plating Pelajar Kolej Vokasional Tawau

Pameran dan pertandingan dessert plating anjuran pelajar Diploma Bakeri & Pastri Kolej Vokasional telah berlangsung pada 14 Februari yang lalu.

Modul Dessert Plating

Menurut ketua program Puan Rosdiana Binti Dullah yang merupakan antara tenaga pengajar di Kolej Vokasional berkongsi pameran ini merupakan salah satu modul pembelajaran dalam silibus dessert plating yang dipelajari oleh para pelajar. Modul ini merupakan modul terakhir sebelum para pelajar Diploma Vokasional Malaysia jurusan Bakeri & Pastri menjalani latihan industri.

Dalam pameran dan pertandingan ini para pelajar diberi peluang untuk membuat pameran produk selain daripada bertanding dalam kalangan mereka untuk membuat dessert plating secara berkumpulan.

Untuk pameran kali ini, para pelajar menggunakan bahan-bahan Premium untuk menghasilkan setiap menu pencuci mulut. Resepi yang digunakan juga merupakan resepi daripada profesional chef yang sering digunakan dalam resepi pencuci mulut.

Para pelajar Diploma Bakeri & Pastri Kolej Vokasional Tawau dapat mempersembahkan hasil dessert mereka yang setaraf hotel 5 bintang. Sangat sedap dan mengiurkan hasil air tangan adik-adik pelajar ini.

Peluang Pekerjaan

Menurut Cikgu Grace salah seorang tenaga pengajar di Kolej Vokasional, kemahiran yang dimilik oleh para pelajar ini dapat digunakan untuk mereka merebut peluang pekerjaan. Mereka juga boleh untuk memulakan perniagaan sendiri berbekalkan kemahiran yang mereka milik sewaktu belajar di Kolej Vokasional. Tambahan pula, para pelajar belajar dengan tenaga pengajar yang bukan calang-calang seperti Pastry Chef dan Eksekutif Chef. Kebanyakan tenaga pengajar mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang ini.

Tambahan pula, para pelajar bukan sekadar belajar teori saja di dalam kelas. Mereka juga didedahkan awal dengan industri ini kerana mereka juga menjalinkan hubungan dan mengadakan lawatan di luar waktu sekolah untuk mereka lebih memahami dan didedahkan awal dengan dunia pekerjaan. Contohnya dalam Modul Hospital Industri, para pelajar mengadakan lawatan ke Hotel Shangrila Kota kinabalu untuk menambah ilmu dan memberi pendedahan awal tentang dunia bakeri & pastri.

Kemenjadian Pelajar

Cikgu Grace berkongsi juga cerita tentang kemenjadian seorang pelajar daripada jurusan Diploma Bakeri & Pastri Kolej Vokasional yang sekarang ini bekerja di Hotel Shangrila Dubai. Fuh bukan alang-alang adik-adik Bakeri & Pastri ini. Power!

Laluan Pelajar Bakeri & Pastri

Untuk laluan para pelajar perlu menghabiskan 2 tahun Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Seterusnya sambung 2 tahun lagi Diploma Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional. Untuk pengetahuan semua, sijil yang dikeluarkan oleh Kolej Vokasional Malaysia sah dan boleh digunakan untuk para pelajar sambung belajar ke Universiti atau mencari kerja di mana-mana saja dalam bidang dan jurusan ini.

Apa pun semoga maju jaya kepada adik-adik Diploma Bakeri & Pastri Kolej Vokasional dan selamat menjalani latihan industri nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *