Kaedah Snap Check Elak Kegiatan Jenayah Di Tawau

Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau (IPD) menggunakan kaedah ‘snap check’ bagi membendung kegiatan jenayah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, konsep penugasan ini dilakukan oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di sekitar kawasan perumahan dan lain-lain kawasan hotspot yang telah dikenal pasti.

polis daerah tawau

“Kesemua kawasan hotspot yang telah dikenal pasti seperti di taman perumahan, kampung dan bandar akan diberi keutamaan dalam meningkatkan rasa selamat masyarakat umum.
“Kaedah ‘snap check’ ini juga bertujuan untuk menghalang penjenayah dari terus melakukan jenayah sekaligus menghapuskan peluang dan sasaran penjenayah masa kini,” katanya.

polis daerah tawau
Selain itu, anggota yang bertugas akan membuat semakan pendaftaran kenderaan yang mencurigakan semasa pemeriksaan dijalankan bagi mengesan kenderaan yang telah dilaporkan hilang.
Ujarnya, polis juga akan mengambil tindakan sekiranya terdapat barang atau peralatan yang menyalahi undang-undang dijumpai ketika pemeriksaan ‘snap check’ dijalankan.

Jelasnya, penugasan yang telah disusun atur oleh Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Tawau ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi mengurangkan kadar kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian, samun, jenayah dadah dan aktiviti lumba haram.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *