Program Gotong Royong Amal Oleh Tawau Trash Buster Squad

Pada hari Ahad yang lalu,  Program Gotong Royong Amal Tawau di Tanah Perkuburan Islamiah Tawau melibatkan gabungan NGO dan beberapa Jabatan Kerajaan di Tawau.

Anjuran Tawau Trash Buster Squad 

Program gotong royong amal ini dianjurkan oleh Tawau Trash Buster Squad (TTBS) dan mendapat sokongan daripada MPT, JHEINS dan Polis Diraja Malaysia Cawangan Tawau.

Menhimpunkan 200 Sukarelawan Tawau

Gotong Royong Amal ini bermula jam 7.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi dan disertai lebih daripada 200 sukarelawan Tawau.

Antara sukarelawan yang terlibat adalah dari Alpha Kappa Rho, Kolej Vokasional Tawau, Forty9 Kelab Permotoran, PIBG Sk Bandar, Tawau Runners, Kelab Penggiat Seni Tawau, Tawau Trash Buster Squad (TTBS) dan warga Tawau yang lain.

Program Yang Bermanfaat

Terima kasih diucapkan kepada Tawau Trash Buster Squad atas Program Gotong Royong Amal dan semoga program ini akan terus mendapat sambutan daripada warga Tawau yang lain.

Semoga segala kebaikan berbalik semula kepada kalian smua. Amin.

Sumber: Fb Mohd Azlan Sapow Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *