3000 Beg Sekolah Diagih, Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

sumbangan

TAWAU : Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau, telah menyatakan komitmen beliau terhadap pendidikan dengan menyampaikan sumbangan yang bermakna kepada para pelajar di Sekolah Kebangsaan Batu Payung, Tawau. Sumbangan tersebut meliputi 3000 beg sekolah dan kotak pensil, yang diberikan sebagai persediaan pembukaan hari persekolahan.

beg sekolah

Inisiatif penajaan beg sekolah ini bertujuan khususnya untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Tawau. Datuk Lo menegaskan bahawa pendidikan sentiasa menjadi keutamaan beliau. Hal ini kerana beliau yakin bahawa sekolah adalah tempat penting untuk melahirkan modal insan di negara kita.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

Selain itu, sumbangan ini juga bertujuan untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan. Dengan memberikan mereka peluang yang sama untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan. Beliau percaya bahawa dengan menjaga golongan yang kurang berkemampuan, kita dapat merapatkan jurang sara hidup dengan masyarakat biasa, dan menjadikan rakyat di Parlimen Tawau terbela dan terjaga.

Program ini tidak hanya memberi sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan Batu Payung, tetapi juga kepada semua sekolah di Parlimen Tawau melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Data dan informasi dari sistem eKasih juga digunakan untuk memastikan sumbangan disalurkan kepada yang memerlukan.

Diharapkan program ini akan dapat diteruskan dan diperluaskan. Hal ini supaya dapat membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan, serta memberi kesan positif kepada komuniti pendidikan di Parlimen Tawau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *