Upah RM20,000 Seludup Barang Syabu Ke Pare-Pare Indonesia

Dua wanita yang datang dari Tawau ditangkap oleh Kepolisian Sektor Sebatik Timur, Polres Nunukan kerana membawa empat kilogram syabu yang disembunyikan di dalam beg pakaian.

Wanita yang datang dari Tawau ini ingin membawa syabu tersebut ke Pare-Pare Sulawesi Selatan.

Dijanjikan Upah RM10,000 Seorang

Mereka dijanjikan upah masing-masing bernilai RM10,000 ribu ringgit Malaysia.

Kronologi bermula daripada informasi yang diterima oleh polis Sebatik Timur tentang ada dua orang perempuan yang menyeludup barang narkotik jenis syabu dari Tawau Malaysia untuk dibawa masuk ke Sebatik Indonesia.

Hasil penyelidikan polis Sebatik, mereka melakukan penggeledahan terhadap wanita tersebut dan menemukan syabu di beg mereka.

Kredit Gambar: Benuanta

 

Hasil soal siasat terhadap salah seorang pelaku, barang sabu ini mereka dapat dari seorang yang bernama Dolar yang tinggal di Tawau Malaysia. Mereka ingin membawa syabu tersebut ke Kota Pare-Pare, tapi mereka tidak mengetahui siapakah penerima barang ini.

Mereka dibawa ke balai Polis Nunukan untuk proses hukuman seterusnya.

Sumber: Blog benuanta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *