Cara Semak Status Pembayaran STR Fasa 2

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mula masuk ke akaun penerima secara berperingkat-peringkat bermula 5 April 2023. Kami kongsikan kepada anda cara semak status pembayaran STR Fasa 2.

Cara Semak Status Pembayaran STR Fasa 2

Dua cara mudah untuk anda menyemak Status STR Fasa 2:

  1. Melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan App Store bagi platform IOS.

Cara Semak Melalui Portal Online MySTR

  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan nombor MyKad (12 Digit) Pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan pembayaran fasa 2
  • Klik maklumat pembayaran

Sekiranya anda layak STR Fasa 2, maklumat berikut akan dipaparkan:

  1. Tarikh Kredit
  2. No Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarik Tunai

Lupa Kata Laluan Password Tak Boleh Login?

Kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

Berikut langkah yang boleh diambil sekiranya anda lupa kata laluan:

Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022?

  • Masukkan e-mel yang berdaftar pada¬† Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
  • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
  • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu

Tidak mempunyai e-mel/e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022/ e-mel tidak sah?

  • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
  • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.

kata laluan STR

Gagal Jawab Soalan Keselamatan?

Sekiranya anda terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan sebanyak 3 kali, ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut anda boleh untuk hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Ramai Sudah Terima Bantuan  STR Lebih Awal

Mengikut perkongsian ramai netizen di laman sosial seperti facebook, ramai di antara mereka yang menerima bantuan lebih awal iaitu pada tanggal 4.4.2023. Walaupun info rasmi menyatakan bahawa bantuan akan diagihkan mengikut peringkat bermula 5 April 2023. Semoga bantuan yang diberikan akan memberikan manfaat kepada semua.

status STR

 

One thought on “Cara Semak Status Pembayaran STR Fasa 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *