Tarikh Bayaran & Kategori Penerima STR Fasa 2

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk rakyat Malaysia diawalkan kepada awal bulan April 2023.  Tujuan STR ini diawalkan adalah untuk membantu meringankan beban sara hidup rakyat menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

STR akan dibayar mengikut peringkat bermula 5 April 2023 iaitu hari Rabu ini. 

Jumlah STR Fasa 2

Jumlah bayaran STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion  yang akan diberikan kepada 8.7 juta golongan B40 yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

Kategori Penerima & Bayaran STR Fasa 2

Isi Rumah: RM200

Warga Emas Tiada Pasangan: RM100

Bujang: RM100

Penerima STR Kawasan Pedalaman

Bagi penerima STR di kawasan pedalam termasuk Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran pada tarikh yang sama. Mereka boleh membuat menuntut bayaran STR di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 5 April.

STR Fasa 3 & 4

Bayaran STR fasa 3 dan 4 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan Julai dan November tahun ini dengan mengambil kira permohonan baharu/kemas kini STR yang diterima semasa tempoh permohonan dan pengemaskinian.

Semakan Status Pembayaran

Para pemohon boleh untuk membuat semakan status pembayaran bermula 5 April 2023 ini.

Baca Juga: Cara Semak Status Pembayaran STR Fasa 2 Secara Online

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat berkaitan dengan STR anda boleh untuk layari portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *