Mi segera punca pergaduhan sehingga ditikam mati

Gara-gara mi segera seorang adik menikam abangnya sehingga terkorban. Kejadian ini berlaku di Kampung Karang Agung, Kecamatan Lalan, Kabupaten Sumatera Selatan Indonesia.

Beli Mi Segera Untuk Bersahur

Kejadian ini berlaku pada (8/4/2023). Kronologi kejadian ini berlaku pada hari sabtu. Si adik pergi ke kedai berdekatan membeli mi segera untuk bersahur.

Selepas itu, si adik pulang ke rumah untuk memasak mi segera. Sewaktu si abang tahu si adik membeli cuma sebungkus mi segera, si abang menjadi marah.

Tampar Dan Cekik Si Adik

Si abang kemudian menampar dan mencekik pipi si adik yang berusia 15 tahun.

Menurut laporan, si adik yang merasa emosi dengan tindakan si kakak, terus menikam abangnya dengan pisau yang dipegangnya.

Ketika kejadian berlaku, si adik sedang memotong bawang dan sayur untuk memasak mi segera. Pisau itulah yang digunakan untuk menikam abangnya.

Bawa Ke Klinik Berdekatan

Menurut laporan lagi, melihat si abang yang berlumuran darah, keluarga dan si adik cuba untuk membawa si abang ke klinik berdekatan bagi mendapatkan pertolongan.

Namun, luka yang dialami si abang cukup parah sehingga membuatkannya meninggal dunia.

Dibawa Ke Balai Polis

Barang bukti pisau yang digunakan untuk menikam disita pihak polis.

Si adik yang merupakan pelaku dibawa ke balai polis untuk menjalani proses pemeriksaan soal siasat.

Menurut pihak polis, disyaki motif pembunuhan ini disebabkan mangsa kecewa dengan pelaku yang cuma membeli satu bungkus mi segera.

Sumber: Blog Kompas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *