Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti khas persekolahan pada 19 April ini.
Cuti Khas 19 April
Menteri, Fadhlina Sidek berkongsi pengumuman ini kepada media sewaktu menghadiri majlis ikrar bebas rasuah dan forum integriti di kementeriannya pagi tadi.
Persiapan Hari Raya Aidilfitri
Cuti ini diberikan untuk memberi ruang kepada guru-guru dan murid-murid sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri.
Cuti Sekolah 20 April – 1 Mei
Cuti persekolahan untuk Hari Raya Aidilfitri ditetapkan pada 20 April sehingga 1 Mei depan.
Sumber: MalaysiaGazette