Kes pecah rumah oleh pencuri berlaku di Kg Tg Batu Keramat Tawau. Menerusi perkongsian facebook Rafidah Abdullah, beliau berkongsi kejadian pencuri yang masuk ke rumahnya baru-baru ini.
Kronologi Kejadian Pencuri
Kejadian pencuri masuk ke rumahnya berlaku di Kg Tg Batu Keramat Lorong Pak Tongkat. Pencuri pecah masuk ke dalam rumahnya melalui tingkap tepi bahagian dapur. Tiga cermin berjaya dibuka oleh pencuri.
Pencuri juga sempat untuk buka pintu dapur dan pagar besi untuk memudahkan dirinya lari keluar.
Tidak Sempat Mencuri
Sewaktu pencuri mencari-cari barang untuk dicuri di ruang tamu, orang rumah sempat untuk berteriak dan menakutkan pencuri sehingga lari lintang pukang.
Pencuri tidak sempat untuk melarikan barang-barang curi akibat sergahan daripada orang rumah.
Waktu Kes Kecurian
Menurut Rafidah Abdullah, kejadian kecurian ini berlaku sekitar jam 3.32 pagi.
Ciri-ciri pencuri yang memecah masuk ke dalam rumah sewaktu kejadian memakai baju hitam, seluar pendek, bertopi dan fizikalnya yang kurus dan tinggi.
Barang Pencuri Tertinggal
Lari punya lari, rupanya pencuri tertinggal dompet, hp, seluar dan kasutnya sewaktu kejadian berlaku.
Diharap agar warga Tawau semua sentiasa berhati-hati dan melaporkan aktiviti yang mencurigakan atau kejadian jenayah kepada pihak polis.
Sumber: Fb Rafidah Abdullah