Media sosial dan anak muda, ini kesan negatifnya

Media sosial telah bawa perubahan besar dalam cara kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia di sekitar kita. Di Sabah, seperti di tempat lain, media sosial telah mempengaruhi penglibatan demokrasi dan politik orang muda.

Hal yang paling asas kita boleh bincangkan apabila bercakap tentang penglibatan anak muda dalam politik dan demokrasi kerana Internet adalah impak media sosial terhadap pemikiran mereka. Internet ada perbincangan yang begitu meluas, oleh itu kami cuba untuk kecilkan skop perbincangan dengan berborak berkenaan media sosial.

Media sosial telah dimanfaatkan oleh ahli politik untuk berkempen

Sudah tentu kebanyakan kita masih ingat bagaimana Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 yang menjadi salah satu penyebab bagaimana pandemik boleh menular dengan lebih kritikal. Cuma, di samping isu penularan Covid-19, ada hal menarik berkaitan media sosial yang berlaku kerana ketika itu pergerakan rakyat agak terhad. Kita dapat lihat calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), dan Perikatan Nasional (PN) memanfaatkan penggunaan media sosial terutamanya di Facebook dan Twitter untuk raih sokongan pengundi di kawasan masing-masing.

Keputusan PRN 2020 tempoh hari

Mereka gunakan platform media sosial tu disebabkan tuntutan untuk berubah kepada teknologi komunikasi yang bergerak pantas serta kempen pembudayaan normal baharu bagi mencegah ancaman pandemik.

Ketika itu, calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu, Andy Muhammad Suryady Bandy mengatakan kaedah kempen itu menyasarkan golongan celik teknologi khususnya golongan pengundi muda yang tidak dapat hadir dalam kempen terbuka dianjurkan kerana kekangan prosedur operasi standard (SOP).

“Kita mahu berkempen tetapi pada masa sama mahu mengelak penularan wabak COVID-19 dan disebabkan kekangan pada masa ini, kita terpaksa hadkan perjumpaan atau pertemuan kepada 250 sahaja. PAS kawasan Kalabakan sangat memberi kerjasama dan menyokong kita, begitu juga dengan Bersatu Kalabakan yang menyatakan kesediaan membantu kita untuk mengekalkan kerusi DUN sebagai milik BN dan PN,” – Andy Muhammad Suryady, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dalam masa yang sama, calon di DUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan turut manfaatkan media sosial untuk berkempen, bagaimanapun sedaya upaya beliau akan menemui semua pengundi melalui kaedah kempen rumah ke rumah. Beliau cuba mengikuti saranan yang ditetapkan dengan mengadakan penjarakan fizikal, dan meneruskan kerja sepertimana yang dilakukannya sebelum ini.

Orang muda akan lebih agresif di media sosial

Bermula sebagai jaringan sosial, media sosial kini menjadi sebahagian daripada norma kehidupan masyarakat, baik untuk kegiatan sosial, politik, dan ekonomi. Media sosial ada sisi gelap yang tak kurang hebatnya dalam mempengaruhi pengguna, khususnya golongan muda. Taksub dengan budaya “Like” selain ingin ada “follower” yang ramai, pemilik akaun media sosial dilihat tak teragak-agak untuk cetuskan trend yang boleh bahayakan kesihatan fizikal dan mental mereka.

“Berdasarkan perspektif psikologi perkembangan manusia, peringkat remaja dan belia adalah satu tempoh kritikal, yang mana mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk diterima dalam kelompok sosial termasuk rakan sebaya,” – Dr Salina Nen melalui Bernama

Sebelum wujudnya Internet, pembentukan identiti anak muda berdasarkan interaksi dengan dunia sebenar dan pergaulan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Kewujudan Internet dan media sosial menyebabkan pembentukan jati diri golongan anak muda dipengaruhi oleh masyarakat luar yang mempunyai latar belakang berbeza. Kajian The cyber effect: A Pioneering Cyber Psychologist Explains How Human Behavior Changes Online pada 2016 yang mendapati tingkah laku individu cenderung menjadi lebih ekstrem di media sosial berbanding ketika di dunia realiti.

Media sosial telah menjadi lapangan baru untuk remaja bereksperimen, belajar, bersosial dan mengambil risiko. Sifat alam siber yang pelbagai, malah cenderung bertentangan dengan norma masyarakat sudah pasti akan sedikit-sebanyak memberi pengaruh kepada pembentukan identiti remaja. Ruang siber boleh menyebabkan seseorang bertindak secara impulsif tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Situasi ini boleh mewujudkan sikap agresif dan tingkah laku berisiko yang lain.

Contohnya trend tular “choking game” yang boleh mengundang maut jika tersalah langkah, namun kerana ingin “menjadi sebahagian daripada mereka yang popular”, golongan muda sanggup mengambil risiko itu.

Tersalah langkah, buruk padanya

Untuk alat demokrasi pula, media sosial memberikan ruang kepada golongan muda untuk menyuarakan pandangan mereka. Pelbagai aktiviti seperti perbincangan online dan petisyen telah dilakukan oleh golongan muda untuk memastikan suara mereka didengari oleh pihak berkuasa. Media sosial ini umpama pisau, sekiranya digunakan dengan betul, ia akan memberi manfaat yang besar kepada anak muda, akan tetapi jika digunakan dengan cara yang salah, ia akan mengorbankan orang-orang tertentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *