Sifat kasih binatang di Sabah, Ini yang anda perlu tahu

Aktiviti pasukan pencinta binatang adalah aktiviti yang amat penting untuk memastikan ada kumpulan yang membela makhluk-mahkluk yang tidak memiliki suara ini. Kumpulan-kumpulan pencinta haiwan ni mainkan peranan penting dalam menjaga kesejahteraan haiwan di samping memperjuangkan isu berkaitan haiwan untuk melindungi mereka daripada penganiayaan, pengabaian, dan eksploitasi. Melalui dedikasi dan komitmen mereka, ia akan mencipta masyarakat yang berkasih sayang yang mengiktiraf nilai dan kepentingan semua makhluk hidup.

Salah satu fungsi utama pertubuhan pencinta haiwan adalah menyelamatkan dan menyediakan perlindungan kepada haiwan yang memerlukan. Sama ada menyelamatkan haiwan peliharaan yang ditinggalkan, memulihara haiwan liar yang cedera, atau memberikan perlindungan kepada haiwan yang terkesan akibat bencana alam.

Rupanya orang Bajau Laut tak berani sentuh PENYU

Kami ada membaca laporan yang menurut orang Bajau Laut di Semporna, lebih baik bunuh orang dari sentuh penyu. Semporna terkenal dengan pulau yang cantik dan bukit yang boleh didaki. Malangnya, penyu semakin pupus di sana kerana menusia semakin rakus dan pelancong yang tidak bertanggungjawab.

Penyu laut telah mengalami penurunan yang drastik dari segi populasi sejak akhir-akhir ini. Faktor kepupusan penyu disebabkan oleh sikap manusia, terutamanya pencemaran.

Semporna yang seperti Maldives.

Manusia menjadi ancaman utama kerana apabila mereka mengutip telur penyu, mereka akan kutip semua telur yang ada. Siap ada permintaan dari luar negara untuk jadikan telur sebagai hidangan ketika makan dan acara pemujaan dari sesetengah agama.

Bagi memelihara habitat tersebut, pihak kerajaan mengeluarkan undang-undang di bawah akta perikanan 1985, di bawah Seksyen 43 dan Seksyen 27.

Kata orang-orang di Semporna akta ini sangat berat, sehinggakan ada penduduk di sana sendiri tidak berani untuk menyentuh habitat tersebut mahupun batu karang. Kedua-dua seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 maksimum, jika sabit kesalahan.

Ada cadangan supaya undang-undang sedia ada dipinda

Cuma, beberapa tahun lepas, Kerajaan Sabah disaran meminda Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 supaya kegiatan membunuh haiwan yang dilindungi sepenuhnya sebagai kesalahan liabiliti ketat dan hukuman ditingkatkan.

Aktivis haiwan, Tan Sri Lee Lam Thye kata cadangan tu sebagai usaha melindungi haiwan dan spesies terancam memandangkan undang-undang sedia mempunyai beberapa kelemahan.

Katanya, banyak pihak turut suarakan kebimbangan terhadap beberapa kawasan popular aktiviti menyelam di Semporna, kini bertukar jadi kawasan pembunuhan penyu, malah turut dilaporkan jumlah bangkai haiwan itu juga semakin kerap ditemui sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya berharap kerajaan dapat mengkaji undang-undang sedia ada dan memperkemaskannya. Hukuman juga harus ditingkatkan bagi menjadi pengajaran kepada penduduk tempatan dan warga asing. Agensi penguatkuasaan juga perlu meningkatkan kerjasama dalam kalangan mereka serta menubuhkan pasukan anti penyeludupan penyu yang mampu membendung kegiatan haram seperti pemburuan dan perdagangan penyu. Saya percaya undang-undang yang ketat serta peningkatan aspek pendidikan dan kesedaran awam dapat membantu melindungi spesies dilindungi yang semakin terancam sejak beberapa dekad ini,” – Lee Lam Thye seperti yang dilaporkan Berita Harian

Lam Thye turut menegaskan tindakan segera harus diambil bagi melindungi spesies penyu yang diancam kepupusan dalam usaha melumpuhkan pasaran gelap.

Aktiviti bersama haiwan boleh pupuk kefahaman rakyat

Sebelum pandemik melanda, di Kota Kinabalu pencinta haiwan berpeluang melihat pelbagai aktiviti menarik sepanjang penganjuran Pop Up Pet Market pertama yang diadakan di Pusat Ekosistem Marin Tanjung Aru (TAME). Antara aktiviti yang disediakan termasuklah penjualan pelbagai produk haiwan peliharaan, barangan artisan, makanan dan minuman, aktiviti haiwan kesayangan interaktif yang menyeronokkan dan himpunan haiwan peliharaan.

Aktiviti seperti ini pada pandangan kami dapat memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan berinteraksi dan memahami apa yang diperlukan oleh haiwan peliharaan.

Pop Up Pet Market di Kota Kinabalu

Acara ini turut disertai sesi menggayakan haiwan peliharaan, mewarna haiwan peliharaan (Van Doggogh) serta kehadiran doktor haiwan yang bincangkan pelbagai topik termasuklah tindakan sekiranya berlaku kecemasan kepada haiwan peliharaan. Penganjur juga menyediakan pameran baka haiwan peliharaan khas selain pertemuan pencinta haiwan peliharaan bagi berkongsi minat serta pengetahuan berkenaan baka peliharaan yang sama.

Pada masa sama pihak penganjur iaitu Million Dollar Pet Marketing jalin kerjasama dengan pusat perlindungan haiwan tempatan bagi memberikan penerangan berkenaan pengambilan haiwan peliharaan yang terabai. Usaha ini mampu membantu haiwan yang tak ada penjaga mendapat tuan atau keluarga baharu selain pengumpulan dana di tempat perlindungan haiwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *