Lima batang ‘Flying Feather’ dijumpai dalam beg galas warga asing

Seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun ditahan bersama dengan sejumlah senjata tajam yang disimpan di dalam beg galasnya.

Lelaki Ditahan di Kampung Kalumpang

Lelaki tersebut ditahan di Kampung Kalumpang  Tawau pada 10 Jun lalu.

Warga asing yang ditahan itu, dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika berada di kawasan kampung.

lelaki warga asing ditahan

Senjata Flying Feather Dijumpai

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin, polis berjaya menahan suspek dan menjumpai beberapa bilah senjata tajam dalam beg galasnya.

Pasukan Polis dari Balai Polis Bandar Seri Indah yang ketika itu melakukan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) telah terserempak dengan seorang lelaki yang mencurigakan merayau di kawasan kampung.

Polis juga menemui satu buah lastik getah berwarna hitam dan lima batang flying feather yang disimpan di dalam beg galas milik suspek.

Suspek Ditangkap dan Barang Dirampas

Suspek kemudian ditangkap dan barang kes dirampas sebelum di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958

Sumber: Fb Polis Daerah Tawau

One thought on “Lima batang ‘Flying Feather’ dijumpai dalam beg galas warga asing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *