Pemberian Khas Interim Sabah, Sarawak naik RM300 juta

belanjawan 2024

Belanjawan 2024 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di parlimen sebentar tadi.

Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan manfaat daripada belanjawan 2024 ini.

Kerajaan perpaduan telah meningkatkan kadar Pemberian Khas Interim untuk Sarawak dan Sabah kepada 300 juta. 

Sebelum ini, 16 juta ringgit bagi Sarawak dan 125.6 juta ringgit bagi Sabah merupakan bantuan bagi kedua-dua negeri. 

Kali terakhir kajiam semula Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah dibuat masing-masing pada 1969 dan 2022. 

Selain itu, Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 telah diluluskan di Dewan Rakyat kelmarin bagi memperuntukkan wakil kerajaan Negeri Sabah yang dinamakan Ketua Menteri Sabah dan seorang wakil kerajaan Negeri Sarawak yang dinamakan Premier Sarawak selaras dengan hasil laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1963. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *