Empat orang adik beradik ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kebakaran yang berlaku di Muar Johor.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar hampir 7.49 malam itu, mangsa, Puteri Aisyah Tenko 8 tahun, Mohd Hakim 6 tahun, Mustakim 4 tahun dan Fatihah Aisyah 3 tahun ditemukan di bilik air bahagian dapur kediaman mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ibu Keluar Cari Kelengkapan Berbuka
Menurut Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman, sewaktu kejadian berlaku, ibu mangsa terpaksa keluar sebentar ke kedai berhampiran untuk mencari kelengkapan berbuka puasa. Manakala ayah mereka waktu itu bekerja di sebuah restoran di bandar.
Menurut perkongsian daripada ibu mangsa, beliau mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.
Berada Di Bilik Air Untuk Menyelamatkan Diri
Keadaan api yang marak menyebabkan empat adik beradik gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemukan di dalam tandas. Tujuan mereka berada di dalam tandas untuk menyelamatkan diri.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada lintar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak bomba. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut.
Setelah api padam sepenuhnya, bomba membuat pencarian dan menemukakan mayat kempat-empat adik beradik tersebut.
Sumber: HarianMetro & Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor