Wajah Baharu Pasar Malam Chester, Destinasi Tarikan Di Tawau

Tawau, 17 November 2023 – Majlis penyerahan kanopi kepada penjaja pasar malam Chester telah berlangsung dengan meriah malam ini. Hadir dalam majlis tersebut adalah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, ADUN Apas, yang turut memberikan ucapan perasmian. Turut hadir Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang, dan ADUN Balung, YB Hamild.

Datuk Nizam menyatakan penyerahan kanopi ini adalah sebahagian usaha MPT memperkenalkan imej baru pasar malam ini. Dengan kanopi baru, penjaja dapat berniaga dengan lebih selesa dan selamat. Harapannya, kanopi ini dapat tarik lebih ramai pengunjung ke pasar malam yang penting bagi keperluan harian.

pasar malam chester
Datuk Nizam menyerahkan Kit Pasar Malam kepada penjaja Pasar Malam Chester

Ucapan Tahniah Kepada Peniaga

Ucapan tahniah juga diberikan kepada penjaja yang telah gigih menjalankan perniagaan mereka di pasar malam ini. Selain itu, diharapkan mereka dapat terus berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan mereka. Beliau menambah, selain kanopi, penjaja juga akan menerima lampu, topi dan apron yang seragam sebagai sebahagian daripada pakej penyerahan kanopi ini.

Baca Juga : Serbuan Maritim : Buang Ganja Ke Laut

Datuk Nizam menyifatkan pasar malam Chester sebagai salah satu destinasi wajib untuk dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong yang datang ke Tawau. Beliau juga memberikan pujian kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yang telah melancarkan Papan Skrin LED di pasar malam. Hal ini merupakan salah satu inisiatif untuk menambah daya tarikan dan memberi maklumat kepada pengunjung. Sokongan akan diteruskan kepada pihak MPT untuk menyeragamkan penampilan penjaja dengan menggunakan lampu neon sepanjang jalan Chester.

pasar malam chester
Datuk Nizam ketika ditemui media

Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan memohon agar MPT terus memainkan peranan mereka. Diharapkan mereka dapat terus memastikan pasar malam Chester berada dalam keadaan sempurna, cantik dan menarik. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis penyerahan kanopi ini dan berdoa agar pasar malam Chester terus maju dan berkembang.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *