Tumpu Beri Kefahaman Kepada Tugas ESSCOM


Tawau : Pendedahan masyarakat kepada ESSCOM menjadi fokus utama dalam program kali ini. Program Semarak ESSCOM memberi kefahaman kepada komuniti tentang peranan dan kepentingan ESSCOM. Terutama dalam menjaga kedaulatan negara serta memastikan keselamatan kawasan ESSZONE daripada jenayah rentas sempadan. Tawau yang berada didalam kawasan ESSZONE pastinya menjadi tumpuan sejak berlakunya serangan di Kampung Tanduo 10 tahun yang lepas.

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyuarakan pandangannya semasa merasmikan Program Semarak ESSCOM di Padang Kampung Batu Payung, Apas hari ini. Beliau menegaskan bahawa keselamatan rakyat, terutamanya di kawasan ESSZONE, harus menjadi keutamaan, dan ESSCOM perlu terus dipertahankan untuk memastikan hal ini tercapai.

Baca Juga : PLKN 3.0 Bermula 2025

Ketika ditanya mengenai Belanjawan Negeri Sabah 2024 juga disuarakan, kenaikan bajet untuk Tahun 2024 bernilai 5.7 bilion meningkat daripada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 5.1 bilion memberi petanda positif untuk Sabah. Jika kestabilan ini berterusan, manfaat yang lebih besar akan diberikan kepada rakyat Sabah.

ESSCOM
Datuk Nizam ketika ditemui media

Belanjawan ini menitikberatkan tiga sektor utama, iaitu pelancongan, pertanian, dan perindustrian di Sabah. Penekanan juga diberikan kepada projek rumah SMJ. Projek ini dilaksanakan untuk golongan yang memerlukan. Selain itu, peruntukan untuk biasiswa juga meningkat bagi memberi peluang lebih luas kepada generasi muda untuk meneruskan pendidikan pada peringkat yang lebih tinggi.

Dengan slogan belanjawan kali ini, “Sabah Teguh, Rakyat Terbela”, diharapkan agar keamanan dan kestabilan terus dikekalkan dalam negeri serta untuk kepentingan rakyat Sabah.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *