Bantuan Khas Kepada Pesara (PKKP) Diteruskan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini telah mencapai persetujuan untuk meneruskan pemberian Bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP). Bantuan ini diberikan kepada pesara dan penerima pencen terbitan untuk tempoh Januari 2024 hingga Disember 2024. Keputusan ini berasaskan hasil keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023 yang memberi kesan kepada pesara dan penerima pencen terbitan.

PKKP adalah inisiatif Kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memelihara kebajikan pesara. PKKP merupakan pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal. Hal ini bertujuan bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti amaun pencen semasa.

bantuan khas kepada pesara

Sebelum ini, Kerajaan telah memutuskan untuk memberikan bayaran Bantuan Khas Kepada Pesara dari bulan Julai 2023 hingga Disember 2023 kepada pesara dan penerima pencen terbitan. Langkah ini diambil susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Seksyen 3 dan 7 dalam Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah. Justeru, undang-undang sebelum pindaan diterapkan secara automatik bagi tujuan penyelarasan pencen.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Keputusan pemberian bantuan PKKP dijalankan sebagai komitmen berterusan Kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara. Disamping itu, PKKP juga adalah sebagai tanda menghargai sumbangan yang diberikan oleh pesara semasa mereka berkhidmat. Langkah ini penting bagi menjamin kelangsungan sokongan kepada golongan pesara di negara ini, serta untuk mengekalkan kestabilan dan keadilan dalam sistem pencen negara.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *