TAWAU – Kejayaan pertandingan Futsal Piala Presiden SAFA Tawau yang berlangsung di SG Futsal Ahad lepas meraikan bakat-bakat muda dalam sukan futsal di wilayah ini. Ini menjadi sorotan yang hangat diperkatakan oleh YB Datuk Nizam, ADUN Apas yang juga merangkap sebagai Presiden SAFA Tawau.
Menurut beliau, pertandingan sukan futsal ini merupakan antara acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh komuniti bola sepak di Tawau. Ia menandakan kebangkitan semula acara berkenaan selepas tertangguh akibat pandemik COVID-19 yang melanda beberapa waktu lalu.
“Pertandingan ini telah menjadi acara utama bagi persatuan bola sepak Tawau sejak beberapa tahun lalu. Walau bagaimanapun, dengan ketibaan pandemik, kami terpaksa menangguhkan beberapa penganjuran. Kembali diadakan tahun ini, ia menjadi tanda-tanda kebangkitan untuk bersukan dalam suasana selamat,” ungkap YB Datuk Nizam dalam temuramahnya.
Baca Juga : Meraikan Usahawahan Di Pantai Timur
“Pertandingan ini tidak hanya sekadar satu acara biasa. Persatuan bola sepak Tawau komited dalam menganjurkan pelbagai jenis pertandingan, sama ada di padang, futsal mahupun bola sepak pantai. Harapan kami, dengan usaha ini, dapat menarik minat lebih ramai belia untuk mencebur dalam sukan ini,” jelasnya. Pertandingan futsal kali ini disertai oleh 27 pasukan. Pasukan SG Futsal telah memenangi pertandingan kali ini dengan membawa RM6,000 hadiah kemenangan.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini