KALABAKAN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan. Projek ini diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM150 juta. Keputusan ini memperlihatkan komitmen KDN dalam meningkatkan tahap keselamatan di kawasan strategik ini. Hal ini kerana, satu kepentingan bagi daerah yang bakal menjadi pintu masuk strategik negara.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, menyatakan bahawa projek IPD ini memerlukan kerjasama rapat dari Pejabat Daerah Kalabakan. Termasuklah dalam aspek pemberian izin tapak tanah dan pelbagai urusan lain yang berkaitan untuk memudahkan kelancaran pembinaan IPD tersebut.
Beliau turut menekankan bahawa pembinaan IPD ini merupakan langkah yang penting untuk Kalabakan. Khususnya kerana daerah ini akan menjadi pintu masuk utama dengan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin, dan Keselamatan (CIQS) Serudong.
Baca Juga : Cungkil Bakat Melalui Sukan Futsal
“Dengan daerah seperti Kalabakan ini, yang nantinya akan menjadi satu pintu strategik, CIQS akan menjalankan fungsi penting dalam urusan sempadan. Saya percaya, ini merupakan salah satu komponen penting yang akan melengkapkan peranan KDN di daerah Kalabakan,” jelas Datuk Saifuddin.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini