Tindakan Tegas ke Atas Lelaki Islam yang Menggoda Isteri Orang Di Sabah


KOTA KINABALU – Perbuatan lelaki Islam di Sabah yang terlibat dalam tindakan menggoda isteri orang akan menghadapi tindakan tegas melalui undang-undang syariah negeri. Datuk Mohd Arifin Arif, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah, menjelaskan bahawa undang-undang syariah negeri, khususnya Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995, menyediakan peruntukan untuk kesalahan tersebut. Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang yang mengawal perbuatan gangguan orang ketiga terhadap rumah tangga dalam Islam. Walaupun setakat ini tiada laporan mengenai kes lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Sabah.

tindakan tegas

Mohd Arifin menekankan bahawa kesemua kesalahan terbabit di Sabah dirangkumkan dalam satu seksyen sahaja dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995. Dalam seksyen ini, sesiapa yang melarikan atau menyebabkan seseorang isteri orang lain meninggalkan rumah tangga yang ditentukan oleh suaminya boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Hukuman ini akan dikenakan jika disabitkan kesalahan.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Menerusi enakmen ini, Mohd Arifin menyatakan bahawa Sabah juga mempunyai Undang-Undang Adat. Undang-undang ini memberi hukuman terhadap lelaki yang memikat isteri orang. Dalam konteks ini, pelanggaran undang-undang adat anak negeri boleh membawa ganti rugi atau sogit tidak melebihi tiga ekor ternakan. Selain dari itu, juga akan dikenakan ganti rugi dengan barang-barang lain yang senilai dengannya mengikut denda adat. Jika pihak ketiga ingkar, dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 18 bulan, atau kedua-duanya. Demikian diungkapkan Mohd Arifin semasa ditemui media semasa kunjungan hormat dan lawatan rasmi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Kunjungan berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

Turut hadir dalam acara tersebut adalah Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah. Selain itu, Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, Papparaidu Veraman juga turut hadir ke majlis tersebut.

Sunber : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *