Saspek Samun Berjaya Diberkas

samun

TAWAU – Polis (PDRM) Tawau telah berjaya menangkap kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan baru-baru ini di Tawau. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.20 pagi, ketika seorang wanita hendak keluar rumah untuk bekerja dan diserang oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali. Saspek-saspek kemudian melarikan beg tangan milik mangsa.

ACP Jasmin Bin Hussin, Ketua Polis Daerah Tawau, menyatakan bahawa pihak polis mengambil serius laporan polis yang dibuat oleh mangsa, dan pasukan serbuan telah berjaya menangkap suspek-suspek yang terlibat. Semasa serbuan dijalankan, polis juga telah menjumpai sebilah parang bersarung, tali, dan selipar yang dipercayai digunakan oleh saspek ketika kejadian.

Pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau dan Balai Polis Tawau telah membuat serbuan ke sebuah rumah tidak bernombor dan telah menahan empat orang lelaki berumur antara 16 hingga 43 tahun. Dalam pemeriksaan, dua daripada suspek didapati sebagai warga asing tanpa dokumen perjalanan yang sah. Selain itu, salah seorang suspek juga mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dengan jenayah dan dadah.

Polis turut menjumpai beg tangan mangsa yang berisi dokumen penting disembunyikan oleh suspek di rumah tersebut. Kesemua suspek bersama barang rampasan dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

menjumpai satu paket plastik lutsinar

Di kawasan berhampiran, pasukan serbuan turut menahan dan memeriksa seorang lelaki warganegara asing yang mencurigakan. Setelah diperiksa, Polis telah menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi bahan ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam botol bekas bedak.

Suspek ditahan dan dibawa balik ke IPD untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dengan kejayaan tangkapan ini, Polis Tawau terus mengambil tindakan tegas untuk memastikan keselamatan masyarakat tempatan.

Sumber : Facebook Page Polis Daerah Tawau

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *