MPKP Perkasa Pendidikan dan Tadbir Urus di Daerah Tawau

pendidikan

TAWAU – Majlis Penolong Kanan Pentadbiran (MPKP) memainkan peranan penting dalam memastikan tadbir urus dan kualiti pendidikan yang lebih baik di peringkat daerah.

Ia berfungsi sebagai platform untuk menyelaraskan keperluan di peringkat akar umbi dan memperbaiki mutu pendidikan. Selain itu, turut memastikan pentadbiran sekolah dijalankan dengan lebih sistematik serta produktif.

Dengan matlamat untuk mensifarkan kemiskinan melalui pendidikan, MPKP menjadi pemangkin perubahan positif dalam aspek pembelajaran, pengajaran dan pentadbiran sekolah.

pendidikan

Dalam majlis perasmian MPKP Daerah Tawau, Datuk Rina Hj Jainal, Ahli Dewan Undangan Negeri Kukusan dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, menekankan betapa pentingnya peranan MPKP dalam mewujudkan kesejahteraan pendidikan di daerah ini.

Beliau menyifatkan penubuhan MPKP, sebagai inisiatif yang wajar disokong. Hal ini kerana ia mampu menjadi saluran bagi suara masyarakat, terutama dalam isu pendidikan dan kebajikan anak-anak sekolah.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Menurut Datuk Rina, penubuhan MPKP akan membuka kesedaran masyarakat tentang pentingnya meraikan individu di belakang tadbir urus pendidikan.

Ia juga menjadi landasan untuk membantu memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih baik. Hal ini turut menyumbang kepada pengurusan yang lebih bersistematik dan produktif. Bagi menunjukkan sokongan terhadap majlis ini, beliau turut memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 sebagai galakan kepada usaha yang dijalankan.

pendidikan

Majlis tersebut turut diserikan dengan acara persaraan beberapa guru, yang menjadi simbol penghargaan kepada dedikasi mereka dalam bidang pendidikan.

Inisiatif ini bukan sahaja mengangkat mutu pembelajaran dan pengajaran tetapi juga memperkukuhkan peranan MPKP sebagai tulang belakang sistem tadbir urus yang lebih baik untuk masa depan di Tawau.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *