Sikap Profesionalisme Penjawat Awam Perlu Dipupuk

TAWAU – Bagi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang penjawat-penjawat awam perlu mengamalkan sikap profesionalisme dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas walaupun berbeza pandangan politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Apas , Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata terutamanya kakitangan atau penjawat awam perlu mempunyai keutamaan berkhidmat iaitu  “Goverment Of The Day”.

profesionalisme
Datuk Nizam merakamkan kenangan bersama dengan warga Wisma Persekutuan

Profesionalisme Penjawat Awam

“Para penjawat awam seharusnya melaksanakan pekerjaan dan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak atasan dan pihak kerajaan dengan sebaikya.

” Walaupun perbezaan pandangan politik, penjawat awam harus melaksanakan tugas dan pekerjaan dengan amanah bagi kesejahteran dan keharmonian dalam bekerja”,katanya.

Katanya, sikap profesionalisme ini harus dipupuk bagi penjawat awam. Hal ini untuk mengelakkan dalam unsur sabotaj atau mencemarkan perancangan serta imej kerajaan yang sedia ada.

Beliau yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, berkata demikin semasa ditemui oleh media semasa  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Wisma Persekutuan Tawau.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Sehubungan dengan itu, Nizam memberikan pujian kepada pihak penjawat awam bagi perkhidmatan masyarakat di negeri ini terutamanya di sekitar daerah Tawau.

” Saya amat menghargai sumbangan dan perkhidmatan yang mereka berikan terutamanya kepada masyarakat di Tawau ini dalam menjalankan tugas mereka.

“Komitmen mereka juga harus dipuji di dalam menyampaikan agenda kemajuan dan pembangunan dibawah kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta hubungan baik dengan penjawat-penjawat awam di peringkat negeri”,katanya.

profesionalisme
Datuk Nizam menyampaikan ucapan pada majlis tersebut

Katanya, hubungan baik diantara penjawat awam dan pihak kerajaan akan memberikan impak postitif. Terutamanya membawa agenda pembaharuan dan pembangunan disampaikan masyarakat di akar umbi.

” Saya juga berharap pihak dan kakitangan Wisma Persekutuan Tawau agar terus fokus dan komited. Terutama dalam menjalankan tugas mereka dengan kejujuran dan integriti. Hal ini bagi mendapat sokongan daripada masyarakat serta pencapaian yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab”, katanya.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *