Berikan Dorongan Kepada Calon SPM Melalui Kit Peperiksaan


TAWAU – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal memberikan cabaran dan keperluan tambahan bagi para calon SPM. Sebagai upaya memberi sokongan dan semangat kepada pelajar, YB Rina Hj Jainal, ADUN Kukusan, telah mengambil inisiatif menyebarkan kit peperiksaan kepada mereka.

Inisiatif ini bukan kali pertama dilakukan oleh YB Rina. Sejak tahun 2020, beliau telah mengadakan program serupa sebagai satu upaya membantu para pelajar menjelang peperiksaan besar ini. Pada tahun ini, seramai 1381 calon SPM dari beberapa sekolah Mukim Kukusan seperti SMK Tawau, SM St Patrick Tawau, SM Islamiah Tawau, SMK Kuhara, dan Kolej Vokasional telah menerima kit-kit ini.

Selain itu, pada tahun 2023, YB Rina turut melaksanakan program penyerahan 1000 beg sekolah kepada murid-murid sekolah di kawasan tersebut. Ini bukan sahaja membantu para pelajar mendapatkan peralatan penting untuk persekolahan tetapi turut membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, terutama bagi golongan B40.

YB Rina juga berharap agar sumbangan ini dapat memberikan kesan positif terhadap prestasi peperiksaan di Tawau. Dengan sokongan yang diberikan kepada para pelajar, diharapkan mereka dapat menghadapi SPM dengan keyakinan dan memberikan prestasi yang cemerlang.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Inisiatif seperti ini memberi dorongan penting kepada pelajar yang bakal menghadapi ujian besar. Sokongan dari pihak berwajib membuktikan komitmen terhadap pendidikan serta pembangunan modal insan di kalangan generasi muda. Semoga upaya ini terus memberi impak positif dan mendorong pencapaian gemilang pelajar di Tawau.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *