Anak Jati Tawau, Sul Aidil Antara Sukarelawan Misi Flotilla di Kapal Alma

TAWAU – Nama Tawau sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang anak jati daerah ini, Sul Aidil, disahkan antara tiga rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Alma yang dipintas oleh tentera Israel (IDF) kira-kira jam 2.44 pagi waktu Malaysia.

Sul Aidil, yang merupakan alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Labuan. Beliau diketahui aktif dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan dan kini menyertai misi flotilla Nusantara yang membawa bantuan ke Gaza.

Sebelum berangkat, beliau sempat menitipkan pesan menyentuh hati kepada isterinya:

“Terima kasih sayang sudi lepaskan dan redha untuk pergi membantu saudara kita yang berada di G. Moga Allah redha segala pengorbanan kita selama ini. Doakan semoga kami semua pulang dengan selamat. Jaga diri, jaga kesihatan, jaga iman dan tidak putus harapan untuk saudara-saudara kita di sana.”

Kata-kata itu kini menjadi pembakar semangat dan doa daripada orang ramai yang mengiringi perjalanan Sul Aidil bersama rakan sukarelawan lain.

Sumber Gambar : Facebook Sul Aidil (https://www.facebook.com/sulaidil21)

Kapal Alma, yang membawa aktivis dari pelbagai negara termasuk Malaysia, merupakan sebahagian daripada konvoi flotilla antarabangsa yang berlayar ke arah Gaza. Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan terdapat 3 rakyat Malaysia di atas kapal tersebut iaitu Sul Aidil, Musa Alnuwayri dan Iylia Balqis.

Semua rakyat Malaysia mengikuti perkembangan ini dan berharap semua pihak dapat terus mendoakan keselamatannya bersama seluruh sukarelawan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *