Seorang pengguna media sosial, Mohammad Hafiz tampil menjelaskan bahawa isu pembinaan Kompleks Sukan dan masalah kesesakan Jalan Apas tidak seharusnya dibandingkan secara langsung kerana berada di bawah bidang kuasa kementerian yang berbeza.
Beliau menjelaskan bahawa pembangunan Kompleks Sukan adalah tanggungjawab Kementerian Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri Sabah, manakala isu jalan raya adalah di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), sama ada peringkat negeri atau persekutuan. Beliau menekankan bahawa membandingkan kedua-dua isu seolah-olah mereka bersaing dari segi bajet dan tanggungjawab adalah tidak tepat dari sudut pentadbiran.
Beliau menambah bahawa pembangunan negeri tidak boleh bersifat satu dimensi. Menyelesaikan masalah infrastruktur adalah penting, tetapi pada masa sama pembangunan sukan, belia dan ekonomi kreatif juga perlu diteruskan.
Kritikan terhadap projek pembangunan wajar dibuat berdasarkan fakta pentadbiran dan peranan sebenar setiap kementerian agar perbahasan awam kekal matang dan membina. Tambahnya, isu sebenar bukan sama ada Kompleks Sukan perlu dibina atau tidak, tetapi kefahaman tentang struktur pentadbiran dan perancangan pembangunan negeri.
Terdahulu media melaporkan mengenai cadangan pembinaan Kompleks Sukan Apas bernilai RM15 Juta yang diumumkan YB Datuk Hj Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Menteri Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah. Pengumuman itu mengundang respon yang pelbagai dalam kalangan masyarakat.
Tulisan FB :




