TAWAU | Pencinta haiwan di daerah ini kini mempunyai satu lagi pilihan baharu untuk mendapatkan keperluan haiwan peliharaan apabila Cutie Pet Shop Tawau kini mula beroperasi setiap hari di Uni Sentral, pusat komersial baharu yang terletak berhadapan Taman Univilla.
Kedai ini dibuka kepada orang ramai bermula jam 9.00 pagi hingga 8.30 malam, menawarkan pelbagai keperluan khusus untuk kucing termasuk makanan haiwan pelbagai jenama, suplemen kesihatan, pasir kucing jenis bentonite, selain aksesori dan keperluan harian pada harga yang berpatutan.

Menurut pihak pengurusan, pembukaan Cutie Pet Shop di Uni Sentral bertujuan untuk memenuhi permintaan pemilik haiwan peliharaan, khususnya pencinta kucing, yang semakin meningkat di sekitar Tawau dan kawasan berhampiran.
Selain menyediakan barangan berkualiti, Cutie Pet Shop turut menawarkan kemudahan keahlian (membership) yang memberikan pelbagai kelebihan kepada pelanggan tetap, termasuk tawaran istimewa dan penjimatan jangka panjang. Persekitaran kedai yang selesa serta susun atur yang kemas turut disediakan bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih menyenangkan.

Dengan operasi di 1 Arena dan Uni Sentral, Cutie Pet Shop Tawau dilihat berpotensi menjadi antara destinasi utama pemilik haiwan peliharaan di daerah ini, di samping menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan dan ekonomi komuniti setempat.
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Cutie Pet Shop Tawau dan meneroka pelbagai pilihan keperluan haiwan peliharaan yang ditawarkan.
#TawauKini






