‘Plogging’ – Joging sambil kutip sampah, komuniti Labuan bersatu demi alam sekitar

Jogging

LABUAN, 17 Februari 2026 – Seramai 50 peserta menyertai program Mayang Sari Sunset Mai Tah Plogging yang berlangsung seawal jam 6.30 pagi di Bukit Kubong, pada 8 Februari lepas.

Program berteraskan komuniti itu menggabungkan aktiviti berjoging sambil mengutip sampah atau lebih dikenali sebagai ‘plogging’, sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat dan kepedulian terhadap kebersihan alam sekitar.

Jogging

Sepanjang laluan di Bukit Kubong, para peserta dilihat aktif mengutip sampah di kawasan sekitar, menjadikan aktiviti senaman pagi lebih bermakna serta memberi impak positif kepada persekitaran awam.

Program berkenaan berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk penduduk tempatan, komuniti pelari dan sukarelawan yang berkongsi minat dalam kecergasan serta pemeliharaan alam sekitar.

Sebagai tanda penghargaan, setiap peserta berdaftar menerima goodies, e-sijil, e-medal dan e-badge. Turut diadakan cabutan bertuah, manakala penyertaan adalah percuma sepenuhnya bagi menggalakkan lebih ramai komuniti setempat terlibat.

Penganjur berharap inisiatif ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih banyak program berasaskan komuniti pada masa akan datang, selain menyemai kesedaran berterusan tentang tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan awam.

#TawauKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *