JPJ Sabah turun padang di terminal utama, pastikan perjalanan raya selamat

JPJ Sabah

KOTA KINABALU, 18 Mac 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah mempergiat pemantauan dan pemeriksaan terhadap bas-bas ekspres di Terminal Bas Inanam serta KK Central sempena pelaksanaan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026.

Operasi berkenaan memberi tumpuan kepada pemeriksaan menyeluruh melibatkan aspek teknikal kenderaan, pematuhan permit, lesen pemandu serta tahap kesiapsiagaan pemandu sebelum memulakan perjalanan.

JPJ Sabah

Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan setiap perjalanan penumpang pulang ke kampung halaman berlangsung dalam keadaan selamat, khususnya ketika peningkatan jumlah kenderaan dan penumpang sepanjang musim perayaan.

JPJ Sabah menegaskan bahawa keselamatan penumpang merupakan keutamaan utama, dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *