Kg. Asaon Kudat – 4 ditahan polis, 51 organisasi seluruh negara desak bebaskan segera

KUDAT, 19 Mei 2026 – 51 gabungan organisasi masyarakat sivil, gerakan mahasiswa seluruh negara, termasuk ilmuan dan tokoh akademik menggesa pihak berkuasa membebaskan segera empat individu yang ditahan ketika operasi penggusuran di Kampung Asaon, Matunggong di sini hari ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan, keempat-empat individu terbabit dibawa ke IPD Kudat selepas hadir bersama masyarakat adat bagi mempertahankan tanah adat yang didakwa sedang berdepan tindakan penggusuran serta-merta.

Gabungan itu turut mempersoalkan tindakan pihak polis yang didakwa masih belum memaklumkan kepada keluarga dan wakil masyarakat adat mengenai pegawai penyiasat yang mengendalikan kes serta seksyen yang digunakan bagi penahanan tersebut walaupun lebih empat jam telah berlalu.

“Masyarakat adat bersama aktivis sejak seminggu lalu cuba berunding secara baik dengan pihak berkaitan. Mereka turut melakukan dokumentasi dan pengumpulan maklumat bagi memastikan rundingan yang lebih adil dapat dilakukan sebelum sebarang perobohan diteruskan,” menurut kenyataan itu.

Menurut mereka, tanah yang didiami penduduk Kampung Asaon bukan sekadar penempatan biasa, sebaliknya menjadi sumber asas kehidupan masyarakat untuk tinggal, bercucuk tanam dan meneruskan kehidupan sejak turun-temurun.

Namun, mereka mendakwa operasi hari ini melibatkan kehadiran anggota penguat kuasa dalam jumlah besar bersama jentera berat bagi melaksanakan perobohan di kawasan kampung tersebut.

Sehubungan itu, gabungan berkenaan menuntut agar operasi penggusuran dihentikan serta-merta dan satu rundingan yang “adil serta berperikemanusiaan” diadakan sebelum tindakan penguatkuasaan diteruskan.

“Masyarakat adat tidak boleh dilayan seperti penceroboh di tanah yang menjadi tempat mereka membina kehidupan turun-temurun. Kehadiran pasukan besar bersama jentera berat hanya menambah ketegangan dan trauma kepada komuniti terkesan,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan bersama tersebut disokong puluhan organisasi termasuk Suara Mahasiswa UMS, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH), Greenpeace Malaysia, Borneo Komrad dan IKRAM Muda Malaysia selain beberapa tokoh masyarakat, akademik dan aktivis mahasiswa.

MUAT TURUN – KENYATAAN MEDIA – SOLIDARITI KG. ASAON, MATUNGGONG, KUDAT

KENYATAAN INI DISOKONG SEPENUHNYA OLEH :

ORGANISASI : 

  • Suara Mahasiswa UMS
  • Borneo Komrad
  • Liga Rakyat Demokratik
  • Cahaya Society
  • Ikatan Anak Muda Tawau (IKAT)
  • Federasi Pemuda Kebangsaan (FEDERASI)
  • Liga Mahasiswa Malaysia 
  • Liga Mahasiswa Universiti Malaya
  • Liga Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 
  • Liga Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin 
  • Liga Mahasiswa Universiti Sains Malaysia 
  • Liga Mahasiswa Universiti Kuala Lumpur 
  • Student Power and Rise of Campus (SPARC) 
  • Gerakan Perempuan Melawan 
  • Hayat
  • Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  • Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH)
  • Greenpeace Malaysia
  • Ruang Lawan
  • Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) 
  • Citizens International
  • Gerakan Luhur Rakyat (GELORA)
  • Legal Dignity
  • Demokrat Malaya
  • Suara Siswa UiTM
  • Kolektif Mahasiswa UiTM (KMUiTM)
  • Fajar Baru MY
  • Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)
  • Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (AKSI: Malaysia)
  • Jentayu – Malaysia Muda
  • New Generation Universiti Malaya
  • Suara Siswa Universiti Malaya
  • MANDIRI
  • Toko Buku Rakyat 
  • Benz Ali Strim (BAS) 
  • Kuliah Buku (Kubu) 
  • IKRAM Muda Perak
  • Republik Buku 
  • Strada X
  • Bangsa Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 
  • Pro-Siswa Kolej Komuniti dan Politeknik Malaysia 
  • University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
  • Sabah Entitlement and Equity Now(SEEN)
  • Justice for Sisters 
  • Malaysian Cannabis Awareness Association (MCAA)
  • Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (ANAK) 
  • North South Initiative
  • Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT)
  • IKRAM Muda Malaysia
  • Filsufi Collective
  • Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA


INDIVIDU :

  • Qistina Qaisara Binti Syahril Akmar, Timbalan Presiden MPPUMS
  • ‘Aqil J, Timbalan Ketua IKRAM Muda Perak
  • Benz Ali, Penulis & Penerbit Republikbuku 
  • Samihah binti yaakub, Alumni UMS
  • Mustaqim Badrul Hisham, Setiausaha Agung AKSI: Malaysia
  • Muhammad Haikal Aiman Bin Ismail, Eksekutif Kebajikan dan Kesukarelawan MPPUTeM
  • Brendon Gan Vinnten, Pengerusi Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia
  • Nur Hajarul Aswad binti Roslan, Co-Founder Bangsa Mahasiswa UKM
  • Danish Raihan Bin Razak, Timbalan Pengerusi Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia
  • Dr Muhammad Ashrul Affiq, Pegawai Perubatan
  • Prof Wong Chin Huat, Political Scientist, Sunway University
  • Norita Binti Ngantiran, Rakyat Malaysia.
  • Attysha Balqish Fareeshya, Jurucakap Suara Siswa UiTM