Kes Bunuh Penebar Roti Canai Di Lahad Datu, Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah

Kes Bunuh Penebar Roti Canai Di Lahad Datu, Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah

TAWAU : Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang bekerja sebagai penebar roti canai di sebuah kebun pisang, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Md Ridzuan Abd Ahmad Zaini Logan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Steve Ritikos.

Tertuduh dibawa di mahkamah

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Sirlin Salleh di kawasan semak Kampung Pisang, Lahad Datu, antara jam 6 pagi hingga 8 pagi pada 14 November 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif, manakala tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki.

Kes tersebut akan disebut semula pada 1 Oktober depan.

Tertudu dibawa di mahkamah

Terdahulu, media melaporkan mangsa yang juga ibu kepada lima anak ditemukan ahli keluarganya di kawasan semak sebuah kebun pisang, kira-kira 600 meter dari rumahnya.

Mangsa dipercayai keluar dari rumah sekitar 6.15 pagi untuk berjalan kaki ke tempat kerja dengan melalui kawasan semak berkenaan.

Pemeriksaan awal ketika itu menemukan kesan hentakan objek tumpul pada kepala serta kesan kelar menggunakan senjata tajam pada bahagian leher mangsa.

Kes masih dalam proses mahkamah dan tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.