Media Perlukan Insentif Kewangan Demi Kelangsungan Industri — Datuk Lichong

KUALA LUMPUR – Industri media tempatan yang semakin terhimpit dalam arus perubahan digital global memerlukan perhatian serius daripada kerajaan, khususnya dalam bentuk insentif kewangan, geran transformasi digital serta kerjasama strategik bagi memastikan kelangsungan dan daya saing organisasi media tempatan.

Seruan itu disuarakan Datuk Lichong Angkoi, Ketua Pengarang Utusan Borneo, yang diberi penghormatan mewakili pengamal media seluruh Malaysia dalam ucapan utama sempena Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

industri media
Ucapan Datuk Lichong Angkui di Hawana 2025

Menurut beliau, kebanyakan organisasi media ketika ini sedang bergelut untuk terus bernafas. Dalam masa yang sama, terhimpit oleh pelbagai cabaran termasuk penurunan hasil pengiklanan, perubahan pola pembacaan masyarakat serta tekanan daripada platform digital dan media sosial antarabangsa.

“Dalam mengharungi kemajuan ini, marilah kita sama-sama merenung cabaran besar yang dihadapi oleh industri media negara. Pendapatan semakin menyusut sedangkan kos operasi terus meningkat. Oleh itu, kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan langkah-langkah proaktif untuk menyelamatkan industri persuratkhabaran yang semakin mengecil,” tegas beliau dalam ucapannya.

Beliau menegaskan keperluan insentif kewangan dan geran digitalisasi yang lebih tersusun. Hal ini untuk menyokong media arus perdana kekal relevan dalam landskap digital yang mencabar ini.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Anugerah HAWANA 2025 Kepada Tokoh MPI

Majlis turut menyaksikan Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Yong Soo Heong, diumumkan sebagai penerima Anugerah HAWANA 2025. Penganugerahan ini sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang beliau dalam bidang kewartawanan dan pembangunan institusi media.

Pengiktirafan tertinggi ini menjadi simbol penghargaan negara terhadap tokoh yang telah lama mencurah bakti memperkukuh etika, integriti dan profesionalisme kewartawanan di Malaysia.

Sambutan Meriah HAWANA Himpun Lebih 1,000 Pengamal Media

HAWANA 2025 yang berlangsung meriah kali ini berjaya menghimpunkan lebih 1,000 pengamal media. Ini termasuklah media dari seluruh Malaysia dan beberapa negara serantau Asia. Selain sesi ucaptama, majlis diserikan dengan pameran media pelbagai agensi, forum kewartawanan, serta sesi jaringan antara pemain industri.

industri media
Perdana Menteri Malaysia bersama dengan tetamu kehormat yang hadir ke HAWANA 2025

Penganjuran program berskala besar ini memperkukuh HAWANA sebagai platform tahunan penting yang bukan sahaja meraikan wartawan, tetapi juga menjadi medan untuk mengetengahkan isu-isu kritikal dan hala tuju masa depan media negara.

Dalam suasana penuh semangat dan solidariti, suara Datuk Lichong Angkoi mengangkat satu realiti yang tidak boleh dipandang ringan. Media tempatan sedang bertarung untuk terus hidup dan memerlukan dokongan konkrit, bukan sekadar penghargaan simbolik.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *