SMK Tawau raih Best Showcase Award di Pentas Antarabangsa Folklore Storyfest 2026

SMK Tawau raih Best Showcase Award di Pentas Antarabangsa Folklore Storyfest 2026

KUALA LUMPUR, 8 November 2026 – Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau berjaya mengharumkan nama sekolah dan daerah Tawau apabila meraih Best Showcase Award dalam pertandingan HIPMAX Malaysian Folklore Storyfest: Folktales Reimagined Grand Finale 2026.

SMK Tawau

Pertandingan yang berlangsung di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur pada 4 November 2026 itu menyaksikan kumpulan berkenaan mempersembahkan drama bertajuk Batu Belah Batu Bertangkup (3 Portion) dalam bahasa Inggeris.

Kejayaan tersebut diraih menerusi persembahan enam orang pelajar iaitu Nurul Fizmie Schaputrie Bt. Sabri, Muhammad Danial Hakim Bin Jumadi, Amirah Amni Izzati Bt. Amin, Hani Mairin Bt. Arinsyah@Arian Syah, Puteri Aqeela Qysteena Bt. Mazlee dan Nayli Uzma Bt. Mohd Azreen.

SMK Tawau

Mereka turut diiringi dua orang guru SMK Tawau, iaitu Sir Shahrizan Bin Sariman dan Mdm Norafifah Bt. Mohd Tamrin sepanjang penyertaan dalam pertandingan berkenaan.

Menariknya, persembahan drama tersebut turut dinilai oleh juri jemputan, Puan Vanida Imran, yang pernah membawa watak Mahsuri dalam filem Magika.

Majlis berkenaan turut dihadiri dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek serta Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh.

SMK Tawau

Pencapaian itu bukan sahaja menjadi kebanggaan warga SMK Tawau, malah membuktikan keupayaan pelajar dari daerah Tawau dalam mengetengahkan warisan cerita rakyat tempatan melalui kreativiti, seni persembahan dan penguasaan bahasa Inggeris di pentas yang lebih luas.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru pengiring atas kejayaan membanggakan ini. Semoga pencapaian tersebut menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Tawau untuk terus menggilap bakat dan mengharumkan nama daerah di peringkat lebih tinggi.

#TawauKini