Perkhemahan Sekolah Pedalaman SK Brumas Tawau Ala Jamboree Menggamit Memori Nostalgia

Susah untuk kita cari sekolah rendah atau mana-mana sekolah yang menganjurkan perkhemahan peringkat sekolah tetapi mempunyai binaan gerbang dan gajet yang diperbuat daripada buluh bambu. Sekali imbas dilihat semacam program besar peringkat Jamboree walhal cuma peringkat SK Brumas yang hanya melibatkan 4 persatuan Unit Beruniform sahaja.

Aktiviti juga tak kurang hebatnya termasuk aktiviti lasak yang menguji mental dan fizikal peserta. Slot Masakan Rimba pula membawa murid-murid merasai suasana sebenar di dalam hutan. Masakan Ayam Pangsuh dan Telur Dadar menggunakan buluh dan beberapa alat asal yang terdapat dalam hutan juga diaplikasikan.Semua perkara ini hanya boleh didapati di SK Brumas. Walaupun SK Brumas hanya sekolah pedalaman, tapi perkhemahan yang dianjurkan tidak kalah meriah dan hebatnya berbanding perkhemahan di luar sana.

Semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan dan sumbangan kuat daripada PIBG SK BRUMAS dan SABAH SOFTWOOD BERHAD. Tenaga kerja mereka dalam kerja kerja menyiapkan gajet bagi memastikan perkhemahan ini berjalan lancar perlu diberi ucapan tahniah dan penghargaan.
Tidak dilupakan ibu bapa murid-murid yang sanggup meluangkan masa seminggu daripada fasa persiapan sehinggalah penutupan perkhemahan pada kali ini. Bantuan mereka dalam memastikan makanan dan beberapa keperluan peserta dapat disediakan dengan sebaiknya.

Perkhemahan SK Brumas juga tidak akan berjalan dengan lancar tanpa bantuan daripada Kelana B Tawau. Mereka yang memberi bantuan dari segi binaan laluan berhalangan dan sebagai pemantau kepada semua aktiviti peserta amat hebat. Mereka adalah yang terbaik yang membuatkan perkhemahan kali ini menjadi lebih kemas dan teratur.

Pengakap Kelana B Tawau yang turut sama membantu perkhemahan di Sk Brumas Tawau

Budaya ini akan terus dikekalkan kerana inilah kelebihan dan keunikan di SK Brumas.
Sumber: Cikgu Atifah Ruzana Abdul Wahab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *