Puspanita Tawau Semai Semangat Patriotisme Sempena Bulan Kemerdekaan

Sempena dengan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini, pastinya pelbagai program dilaksanakan untuk menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan masyarakat.
 

 

 

 

Begitu juga dengan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Daerah Tawau ataupun lebih dikenali sebagai Puspanita Tawau yang telah mengadakan sebuah program untuk menyemai semangat perjuangan dengan menonton filem “Mat Kilau” bersama para ahlinya. Sebelum itu, berlangsung di Pejabat Majlis Perbandaran Tawau, satu rakaman silat telah dilakukan untuk tayangan warga Tawau.

 

 

Program yang berlangsung pada ahad lepas mengumpulkan seramai lebih kurang 30 orang ahli untuk bersama-sama menyaksikan filem “Mat Kilau” di 10 Star Cinema, Kabota. Turut hadir bersama ke program tersebut adalah Puan Lily Medriana Serigar, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Tawau. 

 

Menurut Puan Lily, program yang dilakukan oleh Puspanita ini amat bertepatan dalam usaha untuk meningkatkan semangat kemerdekaan kepada semua warga Tawau bagi semua peringkat umur. 

 

 

Sejurus selepas berlangsungnya program menonton filem Mat Kilau, mereka bergerak ke Dee Cost Muhibbah untuk Majlis Makan Teguh bersama dengan tetamu kehormat iaitu Penasihat Puspanita Daerah Tawau iaitu Ybhg Joseph Pang dan Pengerusinya iaitu Ybhg Puan Paulina Gian Singh. 

 

Semoga program sebegini dapat diteruskan oleh persatuan-persatuan lain di Tawau bagi sama-sama melahirkan semangat patriotisme didalam diri masyarakat. Dengan itu juga, kami di Tawaukini ingin mengajak kepada semua warga Tawau untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sempena dengan bulan kemerdekaan kali ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *