HAWANA 2025 Lambang Pengiktirafan Buat Media Sabah

KUALA LUMPUR Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 menjadi medan penting yang memperlihatkan pengiktirafan berterusan terhadap peranan media dari seluruh pelosok negara, termasuk dari Sabah yang selama ini memainkan peranan penting dalam menyampaikan suara rakyat dari kawasan luar bandar dan pedalaman.

Kehadiran pengamal media dari Sabah dalam acara berprestij yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur ini menggambarkan kesediaan kerajaan dan penganjur untuk mengangkat suara serta usaha warga media di wilayah Borneo agar setara dengan rakan-rakan di Semenanjung.

Salam Undong ditemubual di Mini Konti, Bernama Radioa pada Karnival Hawana 2025

Bagi Salam Undong, Ketua Pengarang dan Editor portal berita Tawaukini, jemputan ke HAWANA 2025 merupakan satu lambang penghormatan yang amat bermakna. Hal ini bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada seluruh pengamal media di Sabah.

“Saya secara peribadi amat terharu dengan jemputan kali kedua ini. Ia bukan sekadar satu acara, tetapi satu bentuk pengiktirafan buat media di Sabah. Kami ini bergerak di medan yang berbeza, dengan cabaran geografi yang unik, dan apabila diundang, ia menunjukkan bahawa suara kami turut didengari,” katanya.

Beliau turut menyifatkan sambutan kali ini sangat bermakna dan padat dengan ilmu. Khususnya menerusi sesi forum bersama tokoh-tokoh media berpengalaman yang membincangkan masa depan kewartawanan dalam era digital.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Salam, yang juga ditemu bual dalam segmen Mini Konti bersama Bernama Radio sempena karnival HAWANA, turut berkongsi tentang cabaran media di Sabah. Para pengamal media berhadapan dengan isu capaian, logistik dan sumber, namun tetap cekal menyampaikan berita dari akar umbi menurutnya.

“Di Tawau dan banyak kawasan luar bandar di Sabah, kami berperanan sebagai suara masyarakat yang jarang sekali mendapat perhatian. Walaupun jauh dari pusat, tanggungjawab kami tetap sama – menyampaikan kebenaran dan maklumat tepat kepada rakyat,” ujarnya.

HAWANA 2025 menyaksikan kehadiran lebih 1,000 pengamal media dari seluruh negara dan rantau Asia. Selain itu, program ini juga diserikan dengan pelbagai pengisian. Termasuklah seperti forum kewartawanan, pameran agensi media serta penganugerahan tertinggi kepada tokoh media.

Salam Undong merakam kenangan Bersama Datuk Ahmad Zaini, Group Managing Editor New Strait Times Press, Media Prima (Kiri). Turut bersama dengan Datuk Lichong Angkui, Ketua Pengarang Utusan Borneo (Kanan)

Anugerah Hawana 2025

Antara yang mencuri tumpuan adalah penganugerahan Anugerah HAWANA 2025 kepada Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Yong Soo Heong. Pengiktirafan ini sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam memartabatkan dunia kewartawanan tanah air.

Dengan tema inklusif dan penglibatan yang meluas, HAWANA 2025 bukan sahaja menjadi perayaan buat pengamal media, tetapi juga pengiktirafan kepada peranan besar mereka dalam membina naratif negara. Ia juga menjadi sinar harapan buat media di Sabah. Terutamanya untuk terus diberikan sokongan, latihan dan peluang agar kekal relevan serta berdaya saing dalam landskap media moden.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *