Benta Wawasan terima anugerah berprestij di Ibu Negara

benta wawasan

KUAL LUMPUR, 10 Februari 2026 – Benta Wawasan Sdn Bhd mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah BrandLaureate 2025/2026 bagi kategori Fast Moving Growing & Sustainable BestBrands 2025-2026, di sini, 28 Januari lalu.

Anugerah berprestij itu diterima Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abd Karim Abd Wahid, yang mengetuai pasukan pengurusan syarikat mewakili Benta Wawasan Sdn Bhd.

Presiden BrandLaureate, Prof Dr KK Johan, dalam ucapannya berkata, pengiktirafan itu diberikan kepada organisasi yang berani, berdaya tahan dan konsisten dalam membina jenama dipercayai.

May be an image of text

Beliau turut mengiktiraf Benta Wawasan Sdn Bhd sebagai jenama yang kukuh serta mendapat kepercayaan luas dalam industri.

Pengiktirafan awal tahun ini menjadi pemangkin semangat kepada syarikat untuk terus memperkukuh prestasi sepanjang 2026.

Tahun ini juga amat bermakna buat Benta Wawasan Sdn Bhd yang menyambut ulang tahun ke-30 penubuhannya, sekali gus memperbaharui komitmen untuk terus menyumbang kepada pembangunan rakyat Sabah.

Syarikat itu turut menyasarkan untuk terus mengangkat nama Kumpulan Yayasan Sabah di peringkat lebih tinggi pada masa depan.

May be an image of text

May be an image of ‎text that says "‎THEBRANDLAUREATE AWARDS RDS IS THE ULTIMATE AMARD ARD FOR ALL BRANDS SAE I HeiTech® acer AИTHM BRANDS AMOIT GROUP Great Eastern MKAMO MK AMO BRANDS MITO ANDLAUREATE AUREATE ANDL Huching Specilat Hospital পম। AR d タトを DENTA J ORT LOF REDtone one RED ঝ MI محت 台士 + +H JMMS Chariend‎"‎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *